Ultimate magazine theme for WordPress.

GoPro Hero11 Black & GoPro Hero11 Black Mini Kini Sudah Rasmi

0

GoPro kini telah melancarkan sebuah kamera aksi dengan model yang baharu. Dan kali ini, GoPro telah melancarkan bukan 1 tetapi 2 versi. Dimana kali ini ia didatangkan sekali dengan versi kompak. Ia adalah GoPro Hero11 Black dan GoPro Hero11 Black Mini. Spesifikasi untuk keduanya adalah sama, hanya perbezaan yang boleh lihat disini pada skrin dan baterinya.

Menyentuh mengenai GoPro Hero11 Black, kameranya ini hadir dengan sensor 27MP dan mampu merakam video dengan bingkai penuh pada nisbah 8:7 dengan resolusinya 5.3K. Dalam pada masa yang sama, dengan ciri merakam dengan bingkai penuh, kamera ini hadir dengan mod HyperView bersama paparan 16:9. Dan diperlihatkan disini, GoPro Hero11 Black masih menggunakaan reka bentuk yang sama seperti model sebelumnya iaitu model GoPro10.

GoPro11 ini hadir dengan sokongan rakaman bersama pusingan 360 darjah secara mendatar dengan resolusi 5K/30FPS. Untuk rakaman video, turut hadir dengan sokongan resolusi seperti 5K/60FPS, 4K/120FPS. Seperti yang kita tahu, GoPro adalah sebuah kamera yang diperkenalkan dengan penggunaan rakaman lasak, jadi pada penstabilan video, GoPro ini hadir dengan HyperSmooth yang mana kali ini ia telah dikemaskini dan turut dihadirkan bersama Auto Boost bagi memberi rakaman video yang terhasil lebih kemas dan stabil.

Pada GoPro Hero11 Black Mini pula, tiada perbezaan pada bahagian spesifikasi. semuanya sama tanpa sebarang perbezaan. Hanya disini kita boleh lihat perbezaannya adalah skrin yang kecil, mempunyai butang fizikal dan satu lagi, bateri yang hadir pada GoPro11 ini tidak boleh ditanggalkan.

Harga pasaran untuk GoPro Hero11 Black dijual dengan tanda harga $499.99 (RM2,266.95) dan GoPro Hero11 Black Mini dijual dengan tanda harga $399.99 (RM1,813.55).

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.