Ultimate magazine theme for WordPress.

HARGA XIAOMI 12 PRO BERTANDA HARGA RM3,899 SAHAJA !

0

Xiaomi pada malam ini telah melancarkan Xiaomi 12 Series. Kalau sudah ada variasi xiaomi 12 biasa, semestinya akan ada versi Pro. Ya, Xiaomi 12 Pro juga dilancarkan pada malam ini untuk mereka yang ingin kepuasan maksima.

Gambar Kredit : https://technave.com/gadget/Xiaomi-12-Price-in-Malaysia-Specs-27876.html

Peranti ini mengunnakan skrin 6.73 inci jenis LTPO AMOLED. Peranti ini juga menggunakan perlindungan CORNING GORILLA GLASS VICTUS. wahh, skrin macam ni rasanya boleh buat ketuk paku tak? Paling ketara penambah baikan yang ada pada Xiaomi 12 pro ini, peranti ini menyokong HDR DOLBY VISION yang boleh dikatakan sangat rare untuk peranti Android. Jadi rasanya korang boleh layan movie sambil kira berapa helai bulu mata yang ada pada pelakon dalam cerita tu.

Peranti ini menyokong dual sim iaitu sim fizikal dan nano sim. Bateri Xiaomi 12 Pro berkapasiti lebih 100 mAH daripada variasi Xiaomi 12, iaitu 4600 mAH dan mampu menyokong pengecasan pantas 120W dan hanya memerlukan 18 minit untuk pengecasan penuh. Dan peranti ini juga menyokong pengecasan tanpa wayar dan menyokong pengecasan pantas sehingga 50W dan hanya memerlukan 42 minit sahaja untuk pengecasan penuh. Untuk audio pula, peranti Xiaomi 12 Pro ini menggunakan pembesar suara stereo yang ditala oleh Harman Kardon. Sistem versi Xiaomi 12 dan Xiaomi 12 pro masih sama, keduanya menggunakan sistem operasi MIUI 13 dan berasaskan Android 13.

Untuk pengimbasan cap jari pula, peranti ini menggunakan cap jari dari jenis optikal dan Peranti ini juga mempunyai ciri HEART RATE tau. Agak menarik kan? Ohh ada lagi yang admin tertinggal, mesti korang nak tau harga dia kan? Pada admin, harga dia sangat berpatutan, Xiaomi 12 Pro ini bertanda harga RM3,899 Sahaja geng ! Dengan storan dalaman 256GB dan 12GB RAM. Amacam? Apa pendapat korang? Boleh komen dibawah, admin nak tau jugak apa pandangan korang..

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.