Ultimate magazine theme for WordPress.

XIAOMI BUDS 3T PRO DILANCARKAN DI MALAYSIA PADA TANDA HARGA SERENDAH RM499

0

Xiaomi kini terus-menerus memberi penawaran yang cantik menarik tertarik kau memang deboom. Aksesori audio yang diberi nama Xiaomi Buds 3T pro yang ramai mengatakan reka bentuknya seakan-akan produk Apple iaitu Airpod Pro tetapi dengan penawaran harga yang sangat rendah. Bermula 16 March 2022 sehingga 24 March 2022. Harga asal aksesori ini RM549, kini boleh didapati dengan potongan harga pada tanda harga RM499 sahaja.

Kredit Gambar : https://www.nerdsheaven.de/redmi-buds-3-pro

Fon telinga tanpa wayar ini dengan audio 10mm, juga dilengkapi dengan Bluetooth 5.2 dan cuma memerlukan kawalan sentuhan sahaja, ianya sangat memudahkan pengguna. Dengan kebolehan ‘Noise Cancellation’ ianya mampu memberi pengguna merasai pengalaman yang sangat hebat. Fon telinga tanpa wayar ini juga mempunyai sokongan kalis air dan Xiaomi Buds 3T pro ini boleh digunakan berterusan dan mampu menemani telinga anda sehingga 6 jam. Yang lebih menariknya, dengan bantuan pod pengecasan, Xiaomi Buds 3T pro ini boleh bertahan sehingga 24 jam. Apa pendapat anda, adakah Xiaomi Buds 3T Pro ini mampu bersaing dengan produk Apple?

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.