Ultimate magazine theme for WordPress.

Hari Kedua Oppo Inno Day 2021: Pelancaran Oppo Find N

0

Oppo Inno Day 2021 kali ini diadakan di Shenzhen, China.Ia merupakan pameran teknologi terbaik sekali setahun yang telah dibangunkan oleh syarikat itu untuk produk yang akan datang dalam masa terdekat dan akan datang. Anda boleh menonton ucaptama Hari 1 untuk melihat MariSilicon X NPU baharu, Oppo Air Glass AR monocle dan telefon prototaip dengan kamera boleh ditarik balik.

Manakala untuk acara hari ke 2 pula menfokuskan inovasi peranti boleh lipat pertama syarikat, Oppo Find N. Anda boleh menonton melalui penstriman di bawah.

Kita telah pun melihat sedikit sebanyak info berkenaan telefon itu melalui video teaser dari syarikat itu sebelum ini. Oppo telah membayangkan bahawa ia telah membangunkan Find N selama bertahun-tahun – prototaip boleh lipat mula-mula ditunjukkan secara terbuka dua tahun lalu, tetapi pastinya memerlukan masa pembangunan selama bertahun-tahun sebelum dilancarkan.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.