Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR Memperkenalkan Telefon Boleh Lipat Antarabangsa Yang Pertama, HONOR Magic Vs

0

KUALA LUMPUR, 23 November 2022 – Salam min nak share dekat peminat – peminat gajet semua yang HONOR baru sahaja mengumumkan peranti terbaharunya HONOR Magic Vs, generasi baharu telefon boleh lipat flagship yang akan menaikkan penanda aras industri dari segi rekaan, paparan, prestasi dan pengalaman pengguna. Ini telah menjadikan HONOR Magic Vs peranti terbaik untuk penggunaan perniagaan dan juga hiburan.

 

“HONOR Magic Vs adalah telefon boleh lipat flagship pertama HONOR untuk bersaing di pasaran antarabangsa dan kami yakin bahawa peranti ini akan membawa kemajuan besar, sekaligus mengubah cara penggunaan telefon pintar di seluruh dunia,” kata George Zhao, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HONOR Device Co, Ltd. Berita ini pasti akan menggembirakan peminat-peminat gajet di Malaysia!

HONOR Magic Vs – Telefon boleh lipat canggih yang diukir dengan rekaan engsel yang hebat

Amat menakjubkan apabila HONOR Magic Vs adalah telefon boleh lipat yang paling ringan dalam industri setakat ini dengan berat hanya 261g[1] apabila dilipat. Peranti ini dimuatkan dengan bateri 5000mAh[2] dan kapasiti ini adalah paling besar di dalam kategori telefon boleh lipat sedia ada di pasaran dan ia juga sesuai untuk kegunaan sepanjang hari. Badan HONOR Magic Vs juga sangatlah nipis, iaitu 12.9mm[3] membuatkan rekaannya kelihatan amat simetri dan selembut sutera gituw! Ini menjadikannya peranti boleh lipat nipis dan ringan yang mudah dibawa ke mana-mana, pada masa sama memberi rasa premium kepada pengguna.

Antara penyumbang kepada keringanan HONOR Magic Vs adalah rekaan engsel tanpa gear yang ringan,  diperbuat daripada teknologi pemproses pemutus satu-keping dan jumlah komponen struktur penyokong di dalam engsel dikurangkan daripada 92 hanya kepada 4 sahaja[4], sambil mengekalkan ketahanan dan pengukuhannya. Engsel ini dihasilkan daripada bahan gred aeroangkasa membolehkan HONOR Magic Vs bertahan lebih daripada 400,000 lipatan[5], bersamaan pengunaan lebih 10 tahun dengan 100 lipatan sehari. Kehebatan ini menghasilkan penanda aras baharu dalam rekaan telefon boleh lipat. Boleh main lap lap tali tamplom geng.

 

Paparan Dwi Besar untuk Pemandangan Luar Biasa

Apabila dilipat, HONOR Magic Vs mempunyai paparan 6.45 inci[6] dengan nisbah aspek 21:9 yang mesra pengguna serta nisbah skrin ke badan 90%[7] untuk memberikan pengalaman menonton yang lebih menyeronokkan menerusi paparan dalaman luas 7.9 inci. Turut disertakan adalah sokongan gamut warna DCI-P3 100% yang menghasilkan 1.07 bilion warna dan kadar segar semula skrin sehingga 120Hz[8]. Sudah pasti HONOR Magic Vs menjamin pengalaman hiburan mengasyikkan, sama ada ketika menonton filem, bermain game atau ketika penggunaan biasa.

HONOR Magic Vs juga mengetengahkan ciri serba baharu Circadian Night Display yang berupaya mengurangkan kesan negatif cahaya biru dengan efektif dan pada masa sama meningkatkan kualiti tidur pengguna supaya lebih bertenaga dan produktif pada waktu siang. Kedua-dua skrin HONOR Magic Vs dilengkapi teknologi Kemalapan PWM 1920Hz yang mengurangkan kerlipan skrin untuk pengalaman pemandangan selesa walau dalam suasana malap.

Fotografi Pengkomputeran dan Pengalaman Audio Dipertingkatkan

Pengalaman menggunakan HONOR Magic Vs bertambah seronok dengan merakam gambar. HONOR Magic Vs menampilkan sistem tiga kamera terdiri daripada Kamera Utama IMX800, Kamera Lebar Ultra & Makro 50MP serta Kamera Zum Optikal 3X 8MP memberi hasil rakaman gambar dan video unggul dengan butiran terperinci mengagumkan. Semua ini tercapai menerusi HONOR Image Engine yang memberikan keupayaan fotografi pengkomputeran terbaik di dalam kelasnya dengan menghasilkan gambar berkualiti dalam apa jua keadaan.

Prestasi Sepanjang Hari Yang Tiada Tandingan

HONOR Magic Vs dikuasakan oleh Qualcomm Snapdragon 8+ Gen 1 Mobile Platform[9], memacu kecekapan kuasa dengan prestasi GPU dan CPU yang dipertingkatkan. Bateri besar harus dipadankan dengan pengecas yang bagus. Pengecas pantas berwayar HONOR SuperCharge 66W[10] membolehkan bateri mencapai 100% dalam tempoh 46 minit.

Sekuriti Dual-TEE untuk keselamatan yang dipertingkatkan 

HONOR Magic Vs hadir dengan sistem sekuriti Dual TEE (Trusted Execution Environment) dibangunkan bersama Qualcomm untuk memberi perlindungan perkakasan kepada pengguna, memastikan privasi dan keselamatan dipertingkatkan. Telefon boleh lipat ini diperkasakan dengan MagicOS 7.0 terkini berdasarkan Android 12. HONOR Magic Vs dimuatkan dengan ciri pintar yang dipertingkatkan untuk membantu dalam pelbagai tugasan dan meningkatkan produktiviti ke tahap maksima.

Adakah HONOR Magic Vs akan tiba di Malaysia?

Haa ini soalan yang semua peminat nantikan, adakah telefon boleh lipat flagship antarabangsa pertama HONOR akan tiba di Malaysia? Nantikan jawapannya dengan mengikuti perkembangan mengenai HONOR Magic Vs di laman web https://www.hihonor.com/my/ atau Facebook HONOR Malaysia!

Kalau korang berminat nak tengok Izami Gadget unfold kan peranti yang menarik ini, nantikan di saluran youtube dan website kami!

[1] Data daripada makmal HONOR. Berdasarkan keluaran versi paling ringan dengan kulit vegan di bahagian belakang. Versi gelas bahagian belakang pula seberat 267 g. Jumlah berat termasuk bateri. Berat sebenar mungkin berbeza mengikut produk

[2] Kapasiti tipikal. Kadar kapasiti ialah 4900mAh

[3] HONOR Magic Vs menampilkan ketebalan 12.9mm (skrin lipat) dan 6.1mm (skrin lipatan terbuka). Saiz produk mungkin berbeza dengan konfigurasinya, proses pengilangan dan kaedah pengukuran. Butiran spesifikasi untuk rujukan sahaja.

[4] Data daripada makmal HONOR. Dibandingkan dengan HONOR Magic V, generasi sebelum HONOR Magic Vs.

[5] Data daripada makmal HONOR

[6] Dengan rekaan bucu bulat pada paparan, ukuran panjang pepenjuru pada skrin utama dan skrin pelindung masing-masing ialah 7.9 inci dan 6.45 inci. Apabila diukur menurut piawaian segi empat tepat (kawasan pandangan sebenar adalah hamper lebih kecil)

[7] Data daripada makmal HONOR

[8] HONOR Magic Vs menyokong kadar segar semula 90Hz pada skrin bukaan lipat dan kadar segar semula 120Hz pada skrin lipat.

[9] Qualcomm dan Snapdragon adalah tanda dagang Qualcomm diperbadankan, didaftarkan di Amerika Syarikat dan negara lain.

[10] Data daripada makmal HONOR

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.