Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR Malaysia lancar HONOR X9a 5G pada 4 Januari 2023!

Mengubah stereotaip, skrin melengkung berkualiti dan kukuh

0

HONOR Malaysia akhirnya telah pun mengumumkan tarikh pelancaran rasmi peranti yang dinanti – nantikan ramai, HONOR X9a 5G iaitu pada 4 Januari 2023, jam 7 malam. Macam yang semua peminat HONOR tahu, HONOR Malaysia telah mula membina reputasi HONOR X9a 5G dengan memuat naik beberapa video ujian kualiti seperti ketahanan skrin tahan lasak mereka.

Sebagai generasi baharu Siri X, HONOR X9a 5G mengetengahkan kualiti Flagship yang diingini ramai. Ini adalah kali pertama telefon midrange HONOR dilengkapi dengan skrin melengkung dan ciri tersebut kebiasaannya ada pada peranti Flagship. Hala tuju ini membuktikan HONOR telah memperkenalkan teknologi premium dengan kualiti yang lebih baik kepada pengguna dengan kos harga yang boleh dimiliki.

 Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh – Kualiti Boleh Dipercayai

Berdasarkan beberapa maklumat didedahkan sebelum ini, Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh HONOR X9a 5G menggunakan kaca Super Reinforced setebal 0.65mm agar lebih kukuh dan berdaya tahan padu apabila terjatuh berbanding kaca 0.5mm yang biasa digunakan di pasaran.

Ketahanan peranti ini terbukti menerusi beberapa eksperimen di ujian makmal HONOR yang antaranya adalah berulang kali menjatuhkan HONOR X9a ke atas lantai batu mamar dan konkrit dari ketinggian satu meter. Peranti ini turut dijatuhkan dari pelbagai sudut, yang mana ujian mikro jatuh tersebut dilakukan lebih puluhan ribu kali. Selain itu, sebanyak 33 lagi ujian ketahanan dilakukan bagi membuktikan Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh HONOR X9a 5G berkualiti tinggi, sekaligus menepis kebimbangan pengguna terhadap skrin melengkung berpotensi mudah pecah.

Skrin Melengkung OLED berkualiti premium boleh dibanding dengan telefon pintar Flagship

Skrin melengkung HONOR X9a 5G sememangnya berkualiti tinggi, setaraf telefon pintar Flagship. Terdapat sebilangan telefon pintar dalam lingkungan sama masih menggunakan skrin LCD, namun HONOR X9a 5G sudah maju ke hadapan dengan skrin OLED mereka. Sebelum ini, pemalapan PWM 1920HZ hanya terdapat pada model Flagship, kini HONOR X9a 5G turut memilikinya, termasuk pensijilan cahaya biru rendah TÜV Rheinland untuk menjaga kesihatan mata pengguna.

HONOR X9a 5G juga menjadi model pertama Siri X yang menyokong ciri Kolaborasi Pelbagai Skrin HONOR yang membolehkan sambungan dengan komputer riba HONOR bagi memudahkan tugasan. Ini menandakan Siri X mula tergolong dalam era teknologi semua senario.

Pelancaran HONOR X9a – nantikan ketibaannya!

Jangan lupa tandakan kalendar korang semua pada 4 Januari 2023, jam 7 malam untuk menyaksikan kehebatan Skrin Melengkung OLED Ultra Kukuh HONOR X9a 5G di Facebook HONOR Malaysia. Untuk maklumat terkini HONOR X9a 5G, layari laman sesawang rasmi HONOR atau ikuti Facebook HONOR Malaysia.

 

Tunggu ya ketibaan video review peranti ni di page Izami Gadget!

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.