Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR X9e Pro Diuji 4 Cabaran Ala Tentera: Jatuh, Lumpur, Bawah Air

HONOR Malaysia keluarkan siri iklan baru untuk HONOR X9e Pro, dan kali ni temanya latihan tentera. Ada empat “misi”: survival dalam hutan, menembak sasaran, halangan ala tentera dan cabaran bawah air. Menurut HONOR, X9e Pro kena jatuh, kena hentak, berlumpur dan lama terendam dalam air, tapi masih berfungsi lepas keempat-empat cabaran tu.

Misi 1: Hutan, batu dan kelapa

Misi pertama bawa X9e Pro masuk hutan. Phone ni jatuh atas batu, lepas tu terus masuk air. Maksudnya dua benda yang paling biasa rosakkan phone, hentakan dan air, kena serentak dalam satu cabaran. Lepas tu HONOR guna pula phone ni untuk pecahkan kelapa.

HONOR X9e Pro ungu digunakan untuk mengetuk kelapa atas batu berlumut di hutan
Gambar: HONOR Malaysia

Kata HONOR, ketahanan ni datang dari Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0, yang boleh tahan jatuh sehingga 3 meter dan kurangkan kerosakan skrin sehingga 82%. X9e Pro juga ada SGS 5-Star Certification for Drop Resistance in Harsh Conditions.

HONOR sendiri cakap, guna phone untuk pecah kelapa memang bukan benda korang buat hari-hari. Tapi phone terjatuh tu memang selalu jadi.

Misi 2: Jadi sasaran tembak

Misi kedua pula senario menembak. X9e Pro diletak antara sasaran, dan fokus kat sini ialah struktur skrin dia.

HONOR X9e Pro dilekat pada papan sasaran tembak yang terpercik cat merah jambu
Gambar: HONOR Malaysia

Menurut HONOR, skrin X9e Pro dilekat dengan pelekat high-energy shear-resistant yang meliputi keseluruhan panel, dengan kekuatan lekatan kira-kira 10 kali ganda. HONOR kata struktur ni tambah lagi 0.5 meter pada ketahanan jatuh keseluruhan, dan digabung dengan Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 tadi untuk lindungi skrin.

Dalam hidup biasa, benda ni lebih kepada situasi macam phone terlepas dari tangan, jatuh dari meja, atau terhantuk kat permukaan keras.

Misi 3: Halangan ala tentera, siap dengan lumpur

Misi ketiga ialah obstacle course ala tentera. Peserta kena panjat, merangkak dan lalu pelbagai halangan sampai garisan penamat, dan X9e Pro ikut sekali. Sepanjang jalan, phone ni jatuh lagi atas permukaan keras dan penuh lumpur, tapi menurut HONOR masih berfungsi.

Idea HONOR kat sini simple: tahan lasak bukan setakat elak accident, tapi phone tu kena mampu survive bila accident berlaku. Contoh yang HONOR bagi, masa commute, travel, bersenam, hiking atau kelam-kabut kejar masa.

Misi 4: Lima minit bawah air

Misi terakhir pindah ke bawah air. Dalam cabaran lima minit ni, peserta kena lepaskan tangan yang diikat, bawa dumbbell 6kg dalam air, dan ambil X9e Pro yang terendam sebelum masa tamat. X9e Pro tu sendiri jadi pemasa countdown sepanjang cabaran.

HONOR X9e Pro terendam dalam air memaparkan pemasa countdown 03:18
Gambar: HONOR Malaysia

HONOR kata X9e Pro ada rating IP68, IP69 dan IP69K, dengan struktur multi-compartment yang diinspirasi kapal selam. Menurut HONOR, phone ni direka untuk tahan air sehingga kedalaman 10 meter. Lepas cabaran habis, X9e Pro diambil semula dalam keadaan berfungsi.

Realitinya, korang mungkin tak akan bawa phone masuk cabaran bawah air. Tapi kena hujan lebat, tertumpah air atau terjatuh dalam air tu boleh jadi bila-bila masa.

Ringkasan ciri tahan lasak yang HONOR claim

Ciri Apa kata HONOR
Ultra-Bounce Anti-Drop Technology 4.0 Tahan jatuh sehingga 3 meter, kerosakan skrin kurang sehingga 82%
Pensijilan SGS 5-Star Certification for Drop Resistance in Harsh Conditions
Pelekat skrin Lekatan kira-kira 10 kali lebih kuat, tambah 0.5 meter ketahanan jatuh
Kalis air IP68, IP69 dan IP69K, sehingga kedalaman 10 meter

Harga dan bila boleh beli

Menurut HONOR, X9e Pro mula dijual di kedai seluruh negara pada 9 Oktober 2026. Ada dua pilihan storan:

Varian Harga
24GB RAM (8GB RAM + 16GB HONOR Turbo RAM), 256GB RM1,899
512GB RM2,399

Harga ikut kenyataan media HONOR Malaysia, 7 Oktober 2026.

Warna pula ada empat: Royal Purple, Reddish Brown, Dawn Gold dan Midnight Black.

Untuk jualan pertama, HONOR bagi HONOR Watch 6i percuma, 730 hari ganti skrin retak depan dan belakang, 730 hari perlindungan cecair dan waranti lanjutan 1 tahun, dengan jumlah nilai RM1,326. Ada juga rebat RM100 bila bayar penuh.

Kalau korang nak tengok sejauh mana X9e Pro ni tahan, aku ada video Sejauh mana HONOR X9e Pro 5G berTAHAN kali ini? kat YouTube. Untuk ujian tahan lasak HONOR sebelum ni pula, baca HONOR X9e Pro bertahan daripada tembakan senapang angin berulang kali.

Sumber: Kenyataan media HONOR Malaysia

- Advertisement -

Comments are closed.