Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR X9e Pro Dah Dijual: Free Dengan Pelan Telco, Roadshow Ada Emas

HONOR X9e Pro dah mula dijual seluruh Malaysia sejak 9 Oktober 2026. Menurut HONOR, hari pertama jualan tarik ramai orang ke HONOR Experience Store, lepas pre-order dia habis dijual di semua platform dalam tempoh tujuh hari selepas pelancaran.

HONOR jangka jualan terus laju sepanjang hujung minggu ni. Kalau korang tengok usha phone ni, ada tiga benda nak tahu: hadiah bernilai RM1,326, pelan telco yang bagi phone ni free, dan roadshow yang ada peluang menang emas.

Harga dan hadiah RM1,326

Varian Harga
24GB RAM (8GB RAM + 16GB HONOR Turbo RAM), 256GB RM1,899
512GB RM2,399

Harga ikut kenyataan media HONOR Malaysia, 9 Oktober 2026.

Untuk setiap pembelian X9e Pro, HONOR bagi pakej hadiah bernilai RM1,326:

    • Rebat segera RM100
    • HONOR Watch 6i percuma
    • 730 hari ganti skrin retak depan dan belakang
    • 730 hari perlindungan cecair
    • Waranti lanjutan 1 tahun
Poster rasmi HONOR X9e Pro dengan hadiah jualan pertama bernilai RM1,326
Gambar: HONOR Malaysia

Warna ada empat: Royal Purple, Reddish Brown, Dawn Gold dan Midnight Black. Boleh beli kat HONOR Experience Store seluruh negara, kedai online, flagship store rasmi di Shopee, Lazada dan TikTok Shop, serta pengedar sah.

Free dengan pelan telco terpilih

Varian 512GB juga ada melalui CelcomDigi, Maxis, redONE, U Mobile dan Yes. Ni senarai yang HONOR kongsi:

Telco Pelan Harga X9e Pro 512GB
Maxis Postpaid 169 Percuma
U Mobile ULTRA Family 128 Percuma
Yes Infinite+ Premium Percuma
CelcomDigi Pakej Mega Jimat Dari RM599
redONE PowerGADGET 128 RM600

Tempoh kontrak dan syarat pelan tak disebut dalam kenyataan media, jadi semak terus dengan telco sebelum sign up.

Roadshow di tiga mall

Poster jadual roadshow HONOR X9e Pro di Sunway Pyramid, Pavilion Kuala Lumpur dan Melaka
Gambar: HONOR Malaysia

HONOR bawa roadshow X9e Pro ke tiga mall di Kuala Lumpur, Selangor dan Melaka:

    • Sunway Pyramid: 5 hingga 11 Oktober 2026
    • Pavilion Kuala Lumpur: 26 Oktober hingga 1 November
    • AEON Melaka Shopping Centre: 3 hingga 8 November

Kat sana ada zon cabaran untuk cuba sendiri ketahanan, kalis air dan bateri X9e Pro. Siapkan semua stesen untuk dapat hadiah percuma, dan menang cabaran untuk hadiah setiap stesen.

Jatuhkan X9e Pro dengan beanbag

Pengunjung di stesen One-Shot Challenge roadshow HONOR X9e Pro di Sunway Pyramid
Gambar: HONOR Malaysia

Baling beanbag untuk jatuhkan 10 unit X9e Pro dalam 11 saat, dan korang boleh menang 2 gram emas. Kata HONOR, semua hadiah emas datang dengan sijil ketulenan. Kalau kena lapan unit, dapat aromatherapy diffuser.

Jongkong emas 2 gram dalam kotak akrilik, hadiah cabaran beanbag roadshow HONOR X9e Pro
Gambar: HONOR Malaysia

Sepit X9e Pro dengan chopstick

Guna chopstick 50cm untuk sepit X9e Pro dari tangki air dalam 30 saat. Lapan unit, dapat aromatherapy diffuser. Enam unit, dapat payung.

Cas bateri X9e Pro

Lompat atau hentak kaki untuk cas bateri simulasi kat skrin. Penuh dalam 20 saat, dapat lanyard kabel data.

Setiap orang boleh cuba setiap cabaran sekali je. Hadiah tertakluk stok dan terma HONOR.

Robot humanoid HONOR di Sunway Pyramid

Robot humanoid HONOR sendiri, Robotics D1, akan muncul di roadshow Sunway Pyramid Sabtu dan Ahad ni (10 dan 11 Oktober), pukul 1PM hingga 3PM dan 6PM hingga 8PM. Boleh jumpa dan ambil gambar dengan dia.

Cabutan bertuah lebih RM130,000

Beli peranti HONOR masa roadshow, korang dapat hadiah percuma tambahan. Pembelian RM999 dan ke atas dalam satu resit pula layak masuk cabutan bertuah, dengan hadiah termasuk HONOR Pad 10, HONOR Pad X7 dan HONOR Headphones Pro. Jumlah nilai hadiah lebih RM130,000, kata HONOR.

Roadshow Sunway Pyramid habis 11 Oktober. Lepas tu, giliran Pavilion Kuala Lumpur mulai 26 Oktober.

Nak tahu apa yang baru kat X9e Pro, tengok video aku Bukan Sekadar Phone Tahan Lasak, Ni 9 Upgrade “Gila” HONOR X9e Pro!. Info pelancaran pula ada dalam post HONOR X9e Pro lancar dari RM1,899.

Sumber: Kenyataan media HONOR Malaysia

- Advertisement -

Comments are closed.