Ultimate magazine theme for WordPress.

Huawei Nova 9 – Kemaskini Harga Dengan Memberi Potongan RM200

0

Kepada yang ingin memiliki sebuah peranti kelas pertengahan daripada Huawei dengan harga yang berpatutan. Huawei Nova 9 membuat kemaskini harga jualan dengan memberi potongan harga RM200.

Peranti yang dikatakan hadir dengan reka bentuk yang cantik dan menarik ini telah mengemaskini harga jualan dan selepas potongan harga tersebut. Harga rasmi untuk peranti ini menjadi RM1,599 yang mana sebelum ini peranti ini hadir dengan tanda harga rasmi RM1,799. Peranti ini boleh didapati di kedai atas talian rasmi Huawei, Shopee dan Lazada bermula hari ini.

Huawei Nova 9 ini hadir saiz skrin 6.57-inci dengan spesifikasi yang dilengkapi dengan cip pemprosesan SnapDragon 778G 4G, bersama bateri berkapasiti 4,300Mah dan menyokong pengecasan Huawei sehingga 66W. Hadir dengan varian 8GB RAM + 256GB dan bersama kuad-kamera utama (50MP), Kamera Ultra-Lebar (8MP), Depth (2MP) dan Makro (2MP).

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.