Ultimate magazine theme for WordPress.

Kerajaan Indonesia Mewajibkan Aplikasi Seperti Instagram, Tiktok Dan Lain-Lain Mendaftar Untuk Terus Dibenarkan Beroperasi

0

Salam Serumpun, Seperti yang dilaporkan sebelum ini, semua platform teknologi kini diwajibkan untuk mendaftarkan aplikasi mereka sebagai Penyedia Sistem Elektronik (PSE) di Indonesia sebelum 20 Julai 2022 atau aplikasi mereka akan disekat daripada negara itu. Dalam masa kurang daripada 24jam hingga tarikh akhir, nampaknya lebih banyak firma teknologi antarabangsa telah mendaftarkan diri mereka hari ini termasuk Discord, Instagram, Meta dan Netflix.

Menurut info daripada pangkalan data PSE Indonesia, aplikasi seperti Instagram dan Facebook sudah didaftarkan tetapi tidak untuk aplikasi WhatsApp, yang sememanya kita tahu bahawa ia merupakan aplikasi pemesejan terbesar di seluruh dunia. Walau bagaimanapun, aplikasi seperti Twitter dan Google masih belum mendaftarkan diri dalam pangkalan data PSE ini.

 

Keperluan bagi platform digital untuk mendaftarkan diri mereka dengan pihak berkuasa Indonesia telah diperkenalkan sebagai sebahagian daripada peraturan yang dikeluarkan pada November 2020 untuk membolehkan pihak berkuasa mengarahkan agar memadam kandungan yang dianggap menyalahi undang-undang atau dilihat sebagai ancaman kepada ketenteraman awam. Platform yang berdaftar ini harus mematuhi permintaan untuk memadam kandungan terlarang tersebut dalam masa 24 jam atau harus dipadam dalam masa 4 jam jika ia mengandungi kandungan yang sangat bahaya, sangat terlarang atau memberi ancaman yang bahaya kepada negara tersebut.

Indonesia juga ada melaporkan bahawa mereka boleh memaksa syarikat teknologi ini mendedahkan komunikasi dan data peribadi pengguna tertentu jika diminta oleh agensi kerajaan atau penguatkuasa undang-undang. Untuk aplikasi dan platform yang tidak mendaftarkan diri, mereka akan disekat bermula 21 Julai 2022 ini. Buat ketika ini, ada beberapa aplikasi yang sudah mendaftarkan diri contohnya seperti aplikasi terkenal termasuk Tiktok, Spotify, Telegram, Disney+ Hotstar, Microsoft, Amazon, Shopee, Lazada, Grab dan Gojek.

Bagaimana Pula Dengan Negara Malaysia? Jika syarikat seperti Meta boleh mematuhi pengawal selia Indonesia, sudah tiba masanya untuk Malaysia membuat perkara yang sama bagi mengawal aplikasi/teknologi besar ini. Platform antarabangsa luar negara seperti Facebook dan Twitter nampaknya berada di luar bidang kuasa rangka kerja undang-undang, ini kerana Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa berkata bahawa Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mempunyai kuasa untuk memadam kandungan pada platform ini. Akibatnya, terdapat peningkatan iklan yang mengelirukan dan penipuan di Facebook yang diluluskan tanpa melakukan semakan atau tapisan. Jika Malaysia sudah memulakan langkah untuk mengawal aplikasi ini, sangat mudah untuk Malaysia mengetatkan kawalan keselamatan untuk aplikasi-aplikasi ini semua. Apa pendapat korang? tinggalkan komen untuk info bersama, Sampai bertemu lagi, Asslaualaikum. Chow !

 

Sumber Gambar:

Republika

Indonesia.Postsen

Portalindonesia

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.