Ultimate magazine theme for WordPress.

iQOO 10 & iQOO 10 Pro Hadir Dipasaran Bersama Cip SnarpDragon 8+ Gen 1

0

Salam Keindahan Pelangi, iQOO kini mula memperkenalkan 2 peranti model baru yang sudah rasmi dipasaran China iaitu iQOO 10 dan iQOO 10 Pro. Apa yang min ingin katakan, antara perkara yang wow pada peranti ini adalah pada pengecasan pantas yang boleh menyokong sehingga 200W geng. Tetapi persoalannya, adakah pengecasan pantas ini disertakan untuk keduanya atau ia disertakan untuk versi Pro sahaja?

Tetapi apa yang min boleh pastikan adalah, kedua versi ini menggunakan Cip Pemprosesan yang sama iaitu SnapDragon 8+ Gen 1.

(Izami Gadget Review iQOO 7 BMW Edition)

Kepada yang belum tahu, sebelum ini Izami Gadget pernah membawakan iQOO 7 edisi BMW di Youtube Channel nya. Dimana Izami ada mengatakan yang ia adalah peranti paling pantas untuk tahun 2022, dan adakah korang setuju dengan izami? Haha Kongsikan pendapat korang.

 

Kembali kepada topik utama iaitu iQOO 10, dengan hadirnya peranti ini, adakah ia akan menjadi peranti terpantas untuk tahun 2022 pula? Sebelum membuat sebarang spekulasi atau memberi sebarang jawapan. Mari min berkongsi mengenai spesifikasi yang hadir pada peranti iQOO 10 dan iQOO 10 Pro ini.

Pertama sekali mari min kongsikan spesifikasi mengenai peranti iQOO 10 dahulu, dimana skrin untuk peranti ini hadir dengan saiz 6.78-inci bersama paparan AMOLED dan resolusi FHD+. Untuk kadar segar semulanya boleh mencapai sehingga 120Hz bersama paparan HDR10. peranti ini juga hadir bersama kapisiti bateri sebesar 4,700Mah dengan pengecasan pantas yang mampu mencapai sehingga 120W sahaja. Beralih kepada bahagian kamera yang memang menjadi perkara utama untuk sesebuah telefon pintar, iQOO 10 ini hadir bersama tri-kamera pada bahagian belakang iaitu 50MP untuk kamera utama, 12MP untuk kamera telefoto dan 13MP untuk kamera lebar. pada bahagian depan pula, kamera swafoto hadir dengan 16MP. Untuk bahagian memori pula peranti iQOO 10 ini boleh mencapai sehingga 12GB RAM bersama storan dalaman sehingga 512GB. Lain-lain ciri turut hadir contohnya seperti port pengecasan type-C, pengimbasan cap jari pada skrin, fungsi NFC dan banyak lagi.

Beralih kepada versi PRO iaitu iQOO 10 PRO, skrin untuk peranti ini hadir dengan saiz skrin yang sama denga versi biasa iaitu 6.78-inci bersama paparan AMOLED E5 tetapi resolusi untuk versi pro adalah 2K. Untuk kadar segar semula boleh mencapai sehingga 120Hz bersama paparan HDR10. Bateri yang hadir juga berkapisiti sama dengan versi iQOO 10 iaitu 4700Mah tetapi iQOO 10 PRO ini hadir bersama sokongan pengecasan pantas sehingga 200W yang katanya boleh dicas penuh dengan hanya memerlukan 10 minit sahaja. Beralih kepada bahagian kamera, iQOO 10 PRO hadir bersama tri-kamera dengan MegaPixel yang tinggi. Dimana untuk kamera utama hadir bersama 50MP, untuk kamera telefoto ia hadir dengan 14.6Mp dan untuk kamera ultra lebar hadir dengan 50MP. Untuk kamera hadapan masih kekal sama iaitu 16MP sahaja. Untuk memori dalaman dan RAM sama seperti versi iQOO 10 yang mana ia hadir dengan 12GB RAM bersama storan dalaman sehingga 512GB.

Di China sudah rasmi untuk peranti iQOO 10 dan iQOO 10 Pro ini. Berikut adalah harga di China bersama memori yang disertakan:-

iQOO 10

¥3699 = RM2,442 (8GB RAM + 128GB)

¥3999 = RM2,640 (8GB RAM + 256GB)

¥4299 = RM2,838 (12GB RAM + 256GB)

¥4699 = RM3,102 (12GB RAM + 512GB)

iQOO 10 Pro

¥4999 = RM3,300 (8GB RAM + 256GB)

¥5499 = RM3,630 (12GB RAM + 256GB)

¥5999 = RM3,960 (12GB RAM + 512GB).

 

Jadi macam mana geng, sudah pakai baru tahu nak menilai, Beli Beli haha. Tinggalkan komen untuk info bersama, sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

 

Sumber Gambar:

GizChina

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.