Ultimate magazine theme for WordPress.

Nothing Phone (1) Bakal Hadir Dengan Versi Tanpa Sistem Lampu Glyph?

0

Peranti Nothing Phone (1) ini dikatakan bakal hadir dengan versi tanpa sistem lampu Glyph atau erti kata lain Versi ‘Lite’? Kepada yang masih tidak tahu apa itu lampu Glyph, lampu ini adalah lampu yang terletak pada belakang peranti Nothing Phone (1). Dimana ada beberapa tempat ia akan menyala contohnya ketika menerima notifikasi, mengecas peranti dan banyak lagi.

Tetapi terbaru, peranti Nothing Phone (1) ini dikatakan bakal hadir di pasaran dengan versi lite. Apa korang rasa berbaloi ke untuk memiliki peranti ini tanpa glyph? Kerana Hype peranti ini adalah pada Glyph tersebut. Atau ia buat versi lite atas kerana mendapat permintaan daripada peminatnya sendiri?

Jadi sekiranya betul khabar angin ini, Versi Lite ini dikatakan bakal hadir dengan spesifikasi yang lebih kurang sama cuma perbezaan dengan versi biasa adalah dia pada lampu glyph nya sahaja. Tetapi ada Sumber  lain mengatakan bahawa ia akan hadir bersama bateri sebesar 5000Mah bersama pengecasan 42W. Yang mana kita tahu pada versi biasa ia hadir dengan bateri berkapasiti 4500Mah bersama 33W pengecasan.

Dan daripada Sumber Daripada India turut ada mengatakan yang harga jualan akan bermula ₹ 24,999 iaitu bersamaa RM1,400. Apa pendapat korang? Berminat memiliki Nothing Phone (1) Versi Lite?

 

Sumber gambar : TechRadar

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.