Ultimate magazine theme for WordPress.

Oppo A16 Kini Rasmi- Dengan Janaan Cip Mediatek Helio G35

0

Beberapa kebocoran serta imej pengolokan berkenaan peranti Oppo A16 kita dapat lihat sejak Mei lalu. Kini, Oppo secara rasmi telah melancarkan Oppo A16 di pasaran Indonesia. Oppo A16 kini hadir dengan tiga tumpuan utama iaitu, Bateri 5000mAh, paparan HD untuk penjagaan mata dan tiga kamera yang dilengkapi teknologi AI.

Secara ringkasnya berkenaan spesifikasi  Oppo A16, ia didatangi dengan paparan skrin LCD 6.5 inci yang menyokong resolusi HD 720×1600 piksel. Oppo A16 juga menggunakan cipset mediaTek Helio G35 SoC teras Okta (Octa-core) dan dijana oleh ColorOS 11.1 berasaskan Android 11 dengan kadar penyegaran semula 60Hz.


Telefon pintar OPPO A16 hadir dengan  3GB RAM tunggal dan konfigurasi storan 32GB. Peranti ini berharga sekitar IDR 1,999,000 (Rs 10,288) di Indonesia. OPPO A16 turut ditawarkan dalam pilihan warna Pearl Blue, Space Silver, dan Crystal Black.

Dari segi kamera pula, Oppo A16 dilengkapi dengan sistem tri-kamera yang dilengkapi dengan teknologi AI. Bagi kamera belakang terdiri daripada kamera utama 13MP, kamera potrait 2MP dan kamera makro 2MP. Manakala , kamera selfie pula adalah 8MP.

Spesifikasi yang lain termasuklah, pengimbas cap jari sisi, Bluetooth 5.0 dan audio jack 3.5 mm. Anda boleh melayari lama rasmi  Oppo bagi mengetahui spesifikasi penuh peranti ini,

Sumber: GSMArena, Oppo Indonesia

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.