Ultimate magazine theme for WordPress.

Oppo Bakal Memperkenalkan Oppo K9x 27 Disember Ini

0

Oppo bakal memperkenalkan peranti baharu dalam barisan K9-nya iaitu Oppo K9x. Pihak Oppo juga turut mendedahkan spesifikasi ringkas peranti tersebut beserta tarikh pelancaran dan jualan kilat pertama telefon itu pada 27 Disember ini.

 

Oppo K9x ini akan dikuasakan oleh cipset Dimensity 810 dan menjalankan ColorOS 12 yang berasaskan Android 11. Selain itu, Ia juga turut dilengkapi dengan tiga kamera, bateri berkapasiti 5,000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W dan paparan rata LCD bersaiz 6.5-inci dengan kadar segar semula 90Hz.

Manakala untuk bahagian fotografi pula, peranti ini akan mempunyai punch hole di sudut kiri atasyang menempatkan kamera swafoto 16MP. Untuk bahagian belakang pula, menempatkan kamera utama 64MP berserta dua unit kamera 2MP untuk makro dan juga kedalaman.

Oppo K9x akan mempunyai pilihan RAM 6GB dan 8GB serta storan 128GB dan 256GB. Ia juga bakal ditawakan dalam dua pilihan warna iaitu Silver Purple dan Black.

Buat masa ini syarikat tersebut belum mendedahkan tanda harga bagi peranti tersebut. Jadi sama-sama kita nantikan kemunculannya.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

Sumber

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.