Ultimate magazine theme for WordPress.

Pandangan dan Tanggapan Pertama Terhadap Peranti Honor X9a 5G

0

Selepas menggunakan peranti midrange yang baru sahaja dilancarkan dengan tanda harga RM1,499, just nak berkongsi dengan korang betapa sedap dan relevant smartphone ni untuk min dalam kehidupan seharian.

Design

Min boleh katakan phone yang dibawakan Honor kali ini adalah lebih menarik dan sleek. Ringan tapi tak terlampau ringan, dia punya hands on experience usage adalah just nice. Warna – warna yang ditawarkan juga menarik, tapi min suka Emerald Green dia, Nampak kelas jah!

Skrin

Min sangat tidak suka menggunakan peranti Android (apple fanboy disini) apatah lagi curve skrin. Seperti yang mana korang semua tau, skrin melengkung atau curve ni masih lagi banyak kelemahan seperti mistouch. Tapi Honor telah melangkau kehadapan dengan menerapkan teknologi AI Anti-Mistouch, yang ni memang sangat- sangat membantu single handed task which yang selalu kita hanya menggunakan satu tangan sahaja untuk bermain telefon.

Semua peminat Izami Gadget pun dah tengok video siksaan kami yang membuktikan kekukuhan peranti Honor X9a ni. Betul bukan nya hari-hari kita nak hentak tembikai guna phone ni kan, tapi ia cukup untuk membuktikan phone ni sangatlah tahan lasak untuk kegunaan harian kita. Min pula kadang-kadang anak nak pinjam phone nak tengok cocomelon, kalau la dia terhempas ke takdela risau sangat kan. Jangan dia campak dari tingkat 15 dah ler.

Bateri

Sebagai seorang apple fan boy, powerbank sentiasa menjadi peneman min hampir setiap masa. Honor X9a ni amatlah membantu daily usage min yang sibuk bukan sahaja menjadi min min korang untuk update berita terkini tentang teknologi dan kadang – kadang jadi tukang pecah buah, tapi juga kerja – kerja azali yang lain dalam bidang hartanah.

 

Bukan nya min cakap hanya pengalaman sendiri, tetapi Honor X9a ni juga telah menerima DXOMARK Gold Label. Dengan bateri sebesar 5100mAh, cas sekali je layan 29 jam music kat Youtube even boleh layan 11 jam gaming terus menerus. Jangan risau,  Honor telah mendapat Tahap Perkakasan Pensijilan Cahaya Biru Rendah TÜV Rheinland dan teknologi pemalapan PWM berfrekuensi tinggi 1920Hz yang mengurangkan kelipan skrin dan keletihan mata dengan berkesan, walaupun di persekitaran gelap. So, bolehlaa menonton dan gaming tanpa berhenti menggunakan skrin besar berdefinisi tinggi.  Winner – Winner Chicken Dinner laa apa lagi.

Spesifikasi

Honor X9a juga dibina dengan dikuasakan dengan Cip Qualcomm® Snapdragon® 695 5G  dan Honor Ram Turbo (bukan kancil turbo tu ye) walaupun secara fizikal hanya ada 8GB RAM, tetapi ada boost 5GB RAM secara maya yang melancarkan peranti ini untuk aktif sebanyak total 13GB RAM. Jadi tidak perlu risau untuk menggunakan banyak aplikasi secara sekaligus.

Kamera

Haa part ni yang best, sebab kerja min memang mengambil gambar, video sesemua ni kan, yes dengan bekalan 64MP Kamera Utama, 2MP Kamera Makro dan 5MP Kamera Wide Angle, korang tengokla sendiri sample – sample gambar ni. Nilai sendiri puas hati atau tak.

 

 

Kesimpulan

Secara keseluruhan, min tak cakap this is the best and powerful phone, tapi untuk tanda harga RM1,499 for a mid range phone yang mana ber-spesifikasi seperti flagship dengan skrin yang power, gambar cantik, bateri tahan lama, curve skrin, this is a very good choice. Terspeaking terus min haa. Ini pendapat dan pandangan min, cuba korang komen apa pendapat korang pasal phone ni. Tak percaya lagi? Meh tengok kami siksa Honor X9a kat sini.

Kalau korang berminat nak ushar-ushar phone ni boleh tengok dekat official website Honor

Kalau nak tengok geng-geng youtubers kita pakai phone apa dan apa pendapat mereka tentang phone apa terbaik pada tahun 2022, meh tengok sini kat Fuzz Channel.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.