Ultimate magazine theme for WordPress.

Poco M4 Pro 5G Bakal Dilancarkan Tidak Lama Lagi.

0

Poco M3 nampaknya bakal mendapatkan penggantinya tidak lama lagi namun penggantinya bukan Poco M4 tetapi ia akan hadir sebagai  Poco M4 Pro 5G.

Hal ini dikukuhkan lagi apabila terdapat maklumat berkenaan peranti ini yang melewati laman pengesahan seperti TEENA, IMEI dan 3C. Berdasarkan ciapan di twitter  Kacper Skrzypek dan Abhishek Yadav, Poco telah memohon tanda dagangan dan pensijilan untuk Poco M4 Pro 5G dengan nombor model 21091116AG.

Menurut sumber, secara ringkas spesifikasi bagi Poco M4 Pro 5G ini akan hadir dengan pengecasan pantas 33W dan dikuasakan oleh cip pemprosesan dari MediaTek.

Dijangkakan Poco M4 pro 5G mempunyai bateri berkapasiti 5000 mAh, 6GB RAM dan 128GB storan dalaman.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

(Sumber)

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.