Ultimate magazine theme for WordPress.

Redmi Buds 3 Pro Rasmi: Diumumkan Sebagai Versi Global Air Dots 3 Pro

0

Beberapa bulan yang lalu, Xiaomi telah memperkenalkan Redmi AirDots 3 Pro bagi pasaran China. Namun kini, earbuds TWS ini kini dilancarkan secara gl0bal  sebagai Redmi Buds 3 Pro.

Harga yang ditawarkan bagi earbuds TWS ini adalah $6o. Namun, sebagai tawaran pengenalan, earbuds ini boleh didapati dengan harga $40.

Spesifikasi ringkas bagi Redmi Buds 3 Pro ini adalah menyerupai AirDots 3Pro dimana ia memuatkan pemacu 9mm dan mempunyai 3 -mikrofon untuk pembatalan bunyi (noise cancelation) dan pengambilan suara. Ciri ANC nya juga turut diklaim dapat menyekat kebisingan luar sehingga 35dB dan menawarkan latensi ultra rendah 69ms. Ia juga menyokong penyambungan melalui Bluetooth 5.2 dengan sambungan serentak ke dua peranti sekali gus. Hayat bateri bagi Buds 3 Pro adalah sekitar 28 jam dan boleh dicas secara nirwayar atau melalui USB-C.

Redmi Buds 3 Pro hadir dengan dua pilhan warna iaitu hitam dan kelabu. Buds 3 Pro ini boleh dibeli melalui AliExpress.

Sumber: Gizmochina, GSMArena

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.