Ultimate magazine theme for WordPress.

ROG MALAYSIA AKAN MEMBUAT PERLANCARAN GAMING BACKPACK BARU PADA 23 MAC 2022

0

Ketika Brand lain sedang rancak berdozzaaa untuk mengeluarkan peranti-peranti baru, ASUS ROG juga tak terkecuali untuk mengeluarkan ‘sesuatu’ yang baru. So geng untuk pengetahuan korang, ASUS ROG akan membuat dua perlancaran baru untuk Gaming Backpack Series. Dua Gaming Bacpack ini terdiri dengan dua model, iaitu ROG Ranger BP2701 Gaming Backpack dan ROG Archer Backpack 15.6 BP1505 dan keduanya akan dilancarkan pada tarikh 23 Mac 2022.

Product Name ROG Ranger BP2701 Gaming Backpack
Color Black
Size (L)315 x (H)490 x (W)155 mm
Weight 0.93kg
Capacity Approx. 22 liters
Material 600D reversed PU coated polyester/PU leather/ Lycra
Interior Pocket/ compartment •       Laptop compartment

•       Tablet compartment

•       3 quick access pockets (for cable/power bank/ mouse)

•       2 zipper pockets

•       Lycra pocket

•       2 side pockets

Exterior Pocket •       2 side pockets

•       Top pocket

Package 1 Backpack, 1 Warranty Booklet, 1 Bagtag
Retail Pricing & Availability

RM 469 Available Now

 

ROG Ranger BP2701 Gaming Backpack sebuah beg galas yang berkapasiti 22 liter, dihadiri dengan logo ROG holografik dan rupa bentuknya boleh dikatakan seperti bag galas yang kita selalu pakai semasa zaman sekolah dulu-dulu, terasa tegap bila dipakai. Beg ini juga dikatakan mampu memuatkan komputer riba yang bersaiz sehingga 17″. Apabila kita sarung, jangan risau pasal keselesaan sebab belakang beg ini mempunyai sandaran belakang dengan menggunakan ‘Mesh Covered Quality’  yang sangat selesa.

Takkan beg besar jee, dalam macam mana pula kan? Jangan risau geng sebab compartment dalam beg ini sangatlah banyak, macam-macam boleh letak tau dan pada yang jenis lasak, beg ini dihadiri dengan kelebihan kalis calar dan kalis air geng. ROG mengatakan dalam beg ini mempunyai banyak compartment sampaikan mempunyai ruang untuk letak keyboard, mouse pad, headset, charger dan banyak lagi. Benda yang min rasa bagus untuk model ni adalah pada ruang atas beg yang ROG sediakan supaya kita mudah mencapai sesuatu barang yang boleh dikatakan kerap digunakan seperti headphone atau powerbank, takde lah sampai nak kena masukkan tangan dalam-dalam. Harga untuk sebuah beg yang mungkin min letak dalam wish list min ni, berharga RM 469.

Product Name ROG Archer Backpack 15.6 BP1505
Color Black
Size (L)300 x (H)430 x (W)120 mm
Weight 1 kg
Capacity Approx. 16 liters
Material Exterior: Cordura 610D, TPU

Interior: 210D Polyester

Interior Pocket/ compartment •       Laptop compartment

•       Tablet compartment

•       1 Open Pocket

•       5 Zipper Fasten Pockets

Exterior Pocket •       3 front pockets

•       1 side pockets

•       1 rear hidden pocket

Package 1 Backpack, 1 Warranty Booklet,
Retail Pricing & Availability RM 399

Available Now

 

ROG Archer Backpack 15.6 BP1505 pula sebuah beg galas yang berkapasiti 16 liter dan beg ini mampu memuatkan komputer riba yang bersaiz sehingga 15.6″. Beg ini mempunya tiga External dan Internal compartment dan mampu memuatkan banyak barang seperti tablet, botol air malah payung pon boleh sumbat geng.

Beg ini boleh digunakan sebagai beg galas dan juga beg bimbit kerana ia dihadiri dengan pemegang di sebelah sisi, malah boleh digunakan sebagai beg bahu kerana ia juga ada menyediakan tali yang kita boleh pasang dan tanggal. Pada segi bahan binaannya, beg ini menggunakan fabrik Cordura 610D untuk penggunaan tahan lasak kerana beg ini kalis calar dan juga kalis air. Beg ini juga dihadiri dengan Zip YKK dan gesper Duraflex untuk memastikan ketahanan beg ini boleh bertahan dalam tempoh yang panjang. Sebuah beg yang mempunyai 3 cara penggunaan ni berharga RM 399 sahaja.

So geng esok dah start boleh beli ni, tunggu apa lagi. Min memang nak lock ROG Ranger BP2701 Gaming Backpack tu. Korang berkenan yang mana? Jangan lupa tinggalkan komen..

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.