Ultimate magazine theme for WordPress.

Leaks Gambaran Rekabentuk Peranti Baru Vivo Model X Note

0

Untuk Pengetahuan, Vivo sudah memaklumkan bahawa tiada lagi siri NEX dan kemudiannya siri ini akan digantikan kepada siri X. Baru-baru ini, tular sebuah gambar yang menunjukkan design terbaru untuk peranti Vivo iaitu model Vivo X Note.

Peranti baru daripada Vivo ini telah dijumpai oleh pengguna Weibo menerusi laman web rasmi Vivo. Peranti ini dalam kemasan berwarna biru dan pada bahagian belakang sepertinya mempunyai kemasan beralaskan kulit. Pada min, cukup puas dah bila ada rasa kemasan kulit, cuma tak boleh lah min nak pasang casing dekat peranti ni kalau nak rasa premium kulit tu..

Info tambahan, Vivo masih mengekalkan imbasan cap jari pada peranti ini, malah ianya terbina dengan jenis ultrasonik 3D. Untuk spesifikasi pula, daripada leaks kita mendapati bahawa Vivo X Note ini mempunyai skrin sebesar 7″ dan menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen1. Kamera pada peranti ini disusun secara membulat dan kameranya terdiri dengan 48MP + 12MP + 8MP, peranti ini mempunyai bateri sebesar 5000mAH dan menyokong pengecasan pantas 80W. Vivo X Note mempunyai dua jenis varian iaitu 12GB RAM + 512GB ROM dan 12GB RAM + 256 ROM.

Tarikh perlancaran secara rasmi masih belum diketahui, tapi ada info mengatakan peranti ini mungkin diumumkan sekitar bulan hadapan. Sama-sama kita nantikan. Btw, Korang rasa berapa agak2 harga rasmi peranti ni nanti?

 

 

 

 

 

 

Sumber :

https://in.mashable.com/tech

https://sparrowsnews.com

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.