Ultimate magazine theme for WordPress.

U Mobile Dah Ada SimCard Yang Boleh Support 5G Hanya Serendah RM38

0

Baru-baru ni Celcom, Digi, Maxis dan U Mobile menyokong untuk menjadikan 5G rangkaian utama di Malaysia. Tanpa membuang masa, U Mobile pula sudah melakukan langkah pertama dengan menghadirkan sebuah pelan internet yang serendah RM 35. Pelan ini dinamakan U Mobile Pospaid 38. Lebih menarik lagi, pelan ini boleh support 5G selepas rangkaian itu diperkenalkan nanti. Fuhh laju U Mobile ni buat kerja.

Dengan pelan bulanan berharga RM35 ini, U Mobile sertakan data sebanyak 30GB dan unlimited call kepada semua rangkaian geng. Macam mana kalau data 30GB tu habis? Sekiranya data bulanan kita dah digunakan sampai ke limit, kesan nya nanti kelajuan internet akan kurang menjadi 64kbps. Jangan risau kalau rasa internet dah tak laju sebab pengguna boleh beli data tambahan sebanyak 5GB untuk 3 hari dan harganya cuma RM10 sahaja.

Macam mana geng? Rasa-rasanya bijak tak idea U Mobile untuk memperkenalkan satu pelan yang boleh support rangkaian 5G ni nanti? Jangan lupa untuk tinggalkan kenangan, ehh maksud min tinggalkan komen dan sama-sama kita bincangkan.. Assalamualaikum, Jumpa Lagi. Chaw !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.