Ultimate magazine theme for WordPress.

OPPO K10 PERANTI YANG BARU SAHAJA DILANCARKAN

0

Di India, Oppo K10 dengan secara rasminya telahpun dilancarkan sebentar tadi. Sebuah peranti yang dihadirkan dengan skrin bersaiz 6.59″ dan paparan jenis IPS LCD dengan kadar segar semula 90Hz.

Peranti Oppo K10 ini didatangkan dengan chipset Qualcomm SM6225 Snapdragon 680 4G. Pada bahagian kamera belakang, peranti ini terdiri dengan 3 jenis kamera, kamera utama 50MP, kamera macro & depth keduanya 2MP dan pada bahagian hadapan pula kameranya 16MP.

Peranti Oppo ini dibina dengan kemasan gelas pada bahagian hadapan dan plastik pada bahagian sisi dan belakang. Peranti ini dihadiri dengan bateri sebesar 5000mAH dan menyokong pengecasan pantas sehingga 33W.

So macam mana geng, Oppo dah dilancarkan di India. Kalau peranti ni dilancarkan di Malaysia korang berminat tak nak beli? Korang jangan lupa tinggalkan komen kalau ada pendapat dan persoalan yee.. Assalamualakum geng, jumpa lagi. Chow !

 

 

 

 

 

 

Sumber Gambar :

https://in.mashable.com

www.gsmarena.com

https://www.oppo.com/in/store/contents/event/k10/

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.