Ultimate magazine theme for WordPress.

XIAOMI 12 SERIES AKAN RASMI DI MALAYSIA PADA 26 MAC 2022

0

Salam kasih dan sayang kepada peminat Xiaomi, Berita gembira akan menyeliputi hati korang geng sebab secara rasminya Xiaomi Malaysia mengumumkan bahawa Xiaomi 12 Series ini akan tiba di Malaysia dan boleh didapati di kedai rasmi Xiaomi bermula 26.03.2022.

Min pernah kongsikan mengenai Model Xiaomi 12 Pro, sebuah peranti yang menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 dan ditawarkan pada tanda harga rasmi RM3,899 dengan varian (8GB + 256GB). Model Pro ini dihadirkan skrin bersaiz 6.73″ dengan bateri berkapasiti 4600mAH dan menyokong pengecasan pantas sehingga 120W. Peranti ini didatangkan dengan 50MP untuk kamera Utama, Ultra-Wide dan telephoto. Kamera hadapan pula dengan 32MP.

Peranti Xiaomi 12 yang dikatakan mampu milik ini juga min pernah kongsikan. Sebuah peranti skrin bersaiz 6.28″ dan didatangkan dengan kamera 50MP untuk kamera utama, 13MP Ultra-Wide dan 5MP Telemacro. Untuk kamera hadapan pula 32MP. Bateri peranti ini berkapasiti 4500mAH dan menyokong pengecasan pantas sehingga 67W. Model Xiaomi 12 ini menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 dan ditawarkan pada tanda harga rasmi RM2,999 dengan varian (8GB + 258GB).

 

Satu lagi varian (8GB + 128GB) ditawarkan pada tanda harga rasmi RM 2,899 akan tetapi untuk varian (8GB + 128GB) ini, hanya tersedia di Xiaomi’s Official Store dalam aplikasi Lazada dan Shopee. 

Geng, min nak ingatkan ni make sure korang tak ketinggalan dengan tawaran eksklusif daripada Xiaomi kerana dengan setiap pembelian peranti Xiaomi 12 Series ini. Korang akan dapat diskaun istimewa 50% untuk Xiaomi Soundbar 3.1″ (RM 1,499), dengan diskaun 50% harganya cuma RM749.50. Xiaomi 12 Series ini tersedia dengan 3 warna iaitu Kelabu, Ungu dan Biru. Xiaomi juga mengatakan bahawa setiap pembelian daripada Xiaomi Siri 12 ini akan mendapat service VIP dan premium :

● 1 Free screen replacement
● 2 Years warranty
● 3 Years Android OS upgrades
● 4 Years security upgrades

Izami Gadget pernah mengatakan bahawa personally dia menyukai siri 12 kerana ia sebuah flagship phone bersaiz kecil dan compact akan tetapi ianya sangat powerfull. Min kongsikan video daripada Youtube Izami Gadget kepada korang masih pening untuk buat pilihan. Enjoyy !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.