Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Kini Mengesahkan Secara Rasmi Acara Galaxy Unpacked Pada 11 Ogos 2021.

0

 

Berdasarkan artikel kami yang lalu, berkenaan khabar angin Acara Galaxy Unpacked dari ciapan di laman twitter Evan Blass (@evleaks).Kini pihak Samsung sendiri secara rasminya telah mengesahkan di mana Acara Galaxy Unpacked dijadualkan pada 11 Ogos 2021 jam 10 malam waktu tempatan dan akan bersiaran secara dalam talian dari laman web rasmi syarikat teknologi itu. Acara pelancaran yang bakal berlaku secara dalam talian ini dijangka bakal memaparkan debut telefon pintar lipat terbarunya – iaitu, Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3.

Samsung juga dijangka bakal mengumumkan dua jam pintar Galaxy baru, iaitu Galaxy Watch 4 dan Galaxy Watch Active4 yang akan menjadi yang pertama menggunakan platform Wear gabungan baru yang diumumkan di Google I/O awal tahun yang lalu.

Galaxy Buds 2 juga turut dijangka untuk memasuki barisan peranti yang bakal dilancarkan bersama pada 11 Ogos ini. Jadi sama-sama kita nantikan Acara Galaxy Unpacked pada 11 Ogos 2021.

Sementara itu, Samsung Malaysia juga menyatakan dimana mereka yang mendaftar melalui halaman Acara Galaxy Unpacked juga layak untuk menerima e-baucar RM300 yang dapat digunakan di kedai dalam talian jenama tersebut setelah melakukan pra-pesanan peranti Galaxy baru. Walau bagaimanapun, syarikat menyatakan bahawa e-baucar hanya boleh digunakan pada alat pakai & aksesori Samsung terpilih mengikut terma & syarat.

Sumber: lowyat.net, Samsung

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.