Ultimate magazine theme for WordPress.

Samsung Mengumumkan Acara Samsung Galaxy Unpacked Part 2 Pada 20 Oktober Nanti.

0

Samsung telah menganjurkan tiga acara Unpacked pada tahun ini. Di mana melalui acara tersebut kita telah diperkenalkan dengan siri Galaxy S21, beberapa komputer riba baru, Galaxy Z Fold 3 dan banyak lagi.

Hari ini, Samsung sekali lagi mengumumkan bahawa mereka akan mengadakan Acara Samsung Galaxy unpacked Part 2 pada 20 Oktober 2021 nanti.

Samsung juga turut menyatakan bahawa ia akan menunjukkan kepada kita bagaimana pada 20 Oktober 2021 nanti akan “ membuka pengalaman baru untuk ekspresi diri melalui teknologi. ” 

Video berdurasi 12 saat itu hanya menunjukkan jemputan kepada hari pelancaran nanti. Disamping itu juga, dalam video tersebut turut memaparkan beberapa ikon aplikasi baharu yang mungkin akan berkaitan dengan One UI dan Android 12 yang stabil. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

(sumber)

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.