Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri ASUS ROG 5S : Kini Rasmi Di Malaysia!

Pembelian dalam tempoh promosi layak untuk menerima hadiah percuma bernilai RM749!

0

ASUS ROG adalah antara peranti yang sentiasa ditunggu-tunggu lebih-lebih lagi buat para penggemar permainan video diluar sana. Kini, secara rasmi siri ASUS ROG 5s iaitu ROG 5s dan ROG 5s Pro telah dilancarkan di Malaysia. Namun apa yang lebih menarik bersama pelancaran ini adalah jika anda membeli siri ASUS ROG 5s dalam tempoh promosi, anda akan menerima hadiah percuma bernilai RM749! Menjadikan ianya sebuah pembelian yang sangat menarik dan berbaloi!

Secara ringkas bagi spesifikasi siri ASUS ROG 5s ini, ia dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini Snapdragon 888+ 5G Mobile Platform, menggunakan GPU Qualcomm ® Adreno ™ 660,  digandingkan pula  bersama paparan skrin 6.78 inci Samsung E4 AMOLED dengan kadar segar semula 144 Hz bagi memastikan kelancaran apabila bermain permainan video.

Selain itu, siri ASUS ROG 5s ini juga hadir dengan binaan sensor tersembunyi di bahagian belakang telefon yang berfungsi sebagai L2/R2 seperti yang terdapat pada konsol. Fungsi ini boleh dikawal dengan menggunakan sistem Air Trigger 5. Siri ASUS ROG 5s ini mempunyai bateri berkapasiti 6,000mAh!

Berikut adalah merupakan variasi pilihan bagi siri ASUS ROG 5s :-

ROG Phone 5s (RM2,999)

  • Snapdragon 888+
  • 8GB RAM
  • 128GB storage
  • Warna Phantom Black & Storm White

ROG Phone 5s (RM3,799)

  • Snapdragon 888+
  • 18GB RAM
  • 256GB storage
  • Warna Phantom Black & Storm White

ROG Phone 5s Pro (RM4,999)

  • Snapdragon 888+
  • 18GB RAM
  • 512GB storage
  • Warna Phantom Black

Phantom Black

Storm White

ROG STRIX GO 2.4

Bagi anda yang berminat, siri ASUS ROG 5s terdapat dua (2) pakej promosi jualan yang anda boleh pilih dan dapatkan seperti berikut :

PROMOSI A

Anda boleh melakukan pra-tempahan mulai hari ini iaitu 9 Oktober 2021 jam 12 pagi sehingga 24 Oktober 2021. Selain daripada itu, pembelian dalam tempoh promosi juga akan menawarkan kepada anda hadiah percuma iaitu ROG STRIX GO 2.4 yang bernilai RM749! Menarik bukan? Kelengkapan siri ASUS ROG 5s bersama ROG STRIX GO 2.4 akan menjadikan hari anda bermain permainan video lebih lancar dan gempak!

Pembelian boleh dilakukan di Lazada secara eksklusif semasa permulaan Lazada Flash Sales bermula 9 Oktober 2021 jam 12 pagi sehingga 24 Oktober 2021 ini! 

Atau anda juga boleh lawati pengedar sah ASUS ROG 5s di seluruh Malaysia.

 

PROMOSI B

Anda juga boleh memiliki siri ASUS ROG 5s ini dengan cara memuat turun aplikasi PAYLATER dan membuat tempahan di aplikasi tersebut untuk mendapatkan promosi seperti berikut :

 

Tempoh Promosi 25 Oktober – 31 Oktober 2021
Promosi 1 RM50 instant rebate
T&Cs:

  1. Pembelian minima RM2,999 dan keatas dalam 1 resit.
  2. Baucar ini hanya terpakai untuk Asus Official Store dalam Paylater Mall.
  3. Baucar ini akan tamat pada : 30 Nov 2021.
  4. Terhad kepada 1,000 e-cash baucar.
  5. Setiap pengguna PAYLATER hanya boleh menggunakan baucar sekali sahaja ketika proses “check out ” dengan PAYLATER.
Promosi 2 12 Bulan ZERO-FEE installments. (Default 4 + EXTRA 8 zero-fee installments from PAYLATER)
T&Cs:

  1. Pembelian minima RM2,999 dan keatas dalam 1 resit.
  2. Baucar ini hanya boleh digunakan di Asus Official Store dalam Paylater Mall sahaja.
  3. Baucar ini akan tamat pada : 30 Nov 2021.
  4. Terhad kepada 1,000 e-installment voucer.
  5. Setiap pengguna PAYLATER hanya boleh menggunakan baucar sekali sahaja ketika proses “check out ” dengan PAYLATER.
  6. Untuk Promosi 1 dan 2, hanya satu promosi sahaja boleh di gunakan dalam setiap pembelian.

 

Jadi, apa tunggu lagi, inilah masanya untuk anda bermain permainan video dengan lancar dan seterusnya menjadi pemain professional yang menggunakan siri ASUS ROG 5s bersama ROG STRIX GO 2.4! Jangan lepaskan peluang ini!

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.