Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri HONOR 60 5G : Bakal Dilancarkan 1 Disember 2021 Ini!

0

Hanya 5 bulan sahaja selepas pelancaran HONOR 50, kali ini HONOR sekali lagi telah mengumumkan secara rasmi bahawa mereka bakal melancarkan generasi seterusnya iaitu siri HONOR 60 5G.

Video rasmi tentang siri HONOR 60 5G telah pun dimuatnaik dan daripada video itu kelihatan mereka masih mengekalkan konsep rekabentuk kamera yang sama seperti keluaran sebelumnya.

Video pendek itu juga hanya menunjukkan sedikit sahaja berkenaan dengan rekabentuk siri HONOR 60 5G kali ini.

Menurut gsmarena, mereka menjangkakan bahawa siri HONOR 60 ini akan terdiri daripada model HONOR 60, HONOR 60 Pro dan juga SE. Tambahnya pula, HONOR 60 Pro bakal dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 870 dan disokong dengan pengecasan 100W (mungkin lebih tinggi) bagi bateri berkapasiti 4,500mAh. 

Acara pelancaran ini akan mengambil tempat di China pada 7.30 waktu China. 

Jom kita saksikan video rasmi siri HONOR 60 ini!

(sumber : Sparrows News)

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.