Ultimate magazine theme for WordPress.

Terbaru : Tag RFID Touch ‘n Go Yang Rosak Kini Boleh Diganti Secara Percuma

Salam Penghujung Rindu, ramai dikalangan masyarakat Malaysia yang menggunakan Tag RFID untuk kemudahan ketika melalui tol di jalanraya. Ini kerana fungsinya yang sama seperti SmartTag, hanya lalu di laluan tol dan pengimbasan akan dilakukan untuk pembayaran. Akan tetapi, Tag RFID ini dihadirkan dalam bentuk pelekat dan ianya boleh diakses melalui aplikasi TNG eWallet untuk topup balance, ianya lebih mudah dan harganya pula mampu milik.

Tahukah anda, baru-baru ini Touch ‘n Go Malaysia ada berkongsi di laman sosial Facebook, peringatan mengenai pengguna boleh menggantikan Tag RFID Touch ‘n Go secara PERCUMA akan tetapi ianya hanya untuk sekali sepanjang pembeliaan tag RFID tersebut. Cuma kena ambil tahu ni, pada mana tag nya telah dimatikan oleh pengguna, ianya tidak tertakluk dibawah program gantian secara percuma ini.

Jadi geng, mana yang dah beli, tiba-tiba rosak pula. Jangan lupa untuk dapatkan secara percuma yee. Satu lagi, peringatan untuk semua, Touch ‘n Go pesan kepada mereka yang telah menjual kenderaan, atau kenderaan yang telah dicuri atau hilang. Jangan lupa untuk mematikan Tag RFID tersebut. Untuk permohonan gantian secara percuma atau pembatalan Tag RFID, ianya boleh diselesaikan melalui Portal Khusus TNG RFID ini. Sampai berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

Sumber Gambar:

https://blogmalaysia.com/cara-nak-beli-rfid/

https://semakanstatus.com/rfid-rosak/

https://mypt3.com/cara-daftar-rfid-tag

https://www.motoqar.com/2022/72121/pengguna-rfid-kongsi-selepas-tiga-tahun-tag-rosak-boleh-dapat-ganti-percuma-tak.html

- Advertisement -

Comments are closed.