Ultimate magazine theme for WordPress.

Telegram Premiun – Langganan Bulanan RM22.90

0

Salam Rindu, seperti yang diketahui, Telegram adalah sebuah aplikasi chatting yang kini sudah semakin ramai pengguna. Oleh sebab itu, aplikasi ini sudah mula mengenakan cas kepada mereka yang ingin menikmati ciri Telegram Premium.

 

Pada min, ciri yang dihadirkan ini mungkin berbaloi untuk sesetengah pengguna. Tetapi pada pendapat semua, adakah dengan caj langganan Premium RM22.90/Sebulan ini berbaloi?

Langkah yang diambil oleh Telegram ini sudah mula membuatkan pengguna membandingkan harga Telegram Premium ini dengan aplikasi premium yang lain seperti aplikasi penstriman muzik dan video. Dimana perkhidmatan ini sekiranya dilanggan ianya lebih menyeronokkan dan lebih berbaloi pada pendapat kebanyakan pihak.

Berbalik kepada topik Telegram premium itu tadi, berikut adalah antara ciri yang ditawarkan untuk Telegram Premium. Dimana dengan Telegram premium ini, pengguna boleh sertai lebih 1000 Channel, melakukan lebih 20 folde dan menambah 4 akaun. Malah, had muat-naik pula boleh sokong sehingga 4GB, Kelajuan muat-turun menjadi semakin pantas, mempunyai Sokongan daripada audio kepada teks, Tiada lagi gangguan Pengiklanan, hadir dengan ciri sticker yang premium dan banyak lagi.

Jadi dengan langganan bulanan RM22.90 ini, pengguna boleh menikmati ciri yang min nyatakan diatas tadi. Adakah korang rasa berbaloi untuk spend harga itu setiap bulan untuk menikmati akses premium di Telegram? Akhir kata, Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

 

Sumber: Telegram

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.