Ultimate magazine theme for WordPress.

Valve : Steam Deck buat Para Gamers Semua

0

Pihak Valve telah mengumumkan peranti baharu mereka iaitu Steam Deck, konsol permainan mudah alih yang membolehkan anda bermain setiap permainan video daripada Steam dimana jua dan tak kira masa.


Steam Deck ini merupakan peranti yang sangat dinantikan para gamers komputer diluar sana kerana rekaan bentuknya berkonsepkan mudah alih (handheld) yang boleh dibawa kemana-mana.

Diasaskan oleh AMD APU Zen 2 CPU, 8 RDNA 2 GPU dan juga memiliki 16 GB DDR5 RAM menjadikan peranti ini boleh menampung pelbagai permainan video. Manakala bagi storan peranti ini pula boleh dimiliki daripada varian 64 GB, 256 GB dan 512 GB. Slot MicroSD juga boleh digunapakai bagi penambahan storan.


Pembelian peranti ini dibuka kepada United States, Canada, European Union, United Kingdom dan bakal dibuka kepada negara-negara yang lain menjelang 2022.


Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi terkini teknologi marhaen.

Lihat spesifikasi penuh DISINI

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.