Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi 11T Pro Kini Rasmi Di Pasaran Global

Jangkaan tersedia untuk jualan bagi pasaran di Malaysia sekitar penghujung bulan September.

0

 

15 September 2021 adalah tarikh keramat apabila Xiaomi telah pun melancarkan peranti baharu mereka di acara pelancaran tersebut. Desas-desus sebelum ini berkenaan peranti yang bakal dilancarkan telah pun terbukti nyata iaitu siri Mi 11T.

 

 

Model yang dilancarkan adalah Mi 11T Lite 5G, Mi 11T dan juga Mi 11T Pro. Kesemua siri Mi 11T ini mempunyai paparan skrin bersaiz 6.7 inci AMOLED, cip pemprosesan Snapdragon 888 dan juga 108-megapixel kamera. 

 

 

Apa yang lebih menarik dalam pelancaran secara atas talian itu adalah Xiaomi akan menyediakan pengecas di dalam kotak yang mana pengecas itu akan memberikan anda 120W pengecasan pantas 100% dalam masa hanya 17 minit sahaja! Mi 11T Pro juga hadir dengan kadar segar semula 120Hz. 

 

 

Bagi binaan kamera pula, Mi 11T Pro hadir dengan Pro-grade Triple AI Camera yang mana 108-megapixel kamera utama, 8MP ultra-wide-angle kamera dengan seluas 120° dan dengan 5MP bagi telemacro kamera. 

 

 

Tambahan pula, Mi 11T Pro ini akan membolehkan anda untuk merakam video pada resolusi 8K! 

 

 

Terdapat tiga warna yang ditawarkan : Celestial Blue, Moonlight White dan Meteorite Grey

Apa pandangan anda tentang peranti baharu Xiaomi ini? Apakah jangkaan harga yang anda boleh teka jika ianya tersedia kelak di pasaran Malaysia untuk jualan? Tinggalkan komen anda di ruangan komen dibawah atau di FB Page Izami Gadget. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

Lihat spesifikasi penuh DISINI.

Tonton video penuh pelancaran Mi 11T Pro DISINI.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.