Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi CC 11 Pro : Dijangka Hadir Dengan Spesifikasi Yang Lebih Hebat?

0

Di China, baru- baru ini telah dilancarkan Xiaomi Civi dimana Xiaomi Civi ini adalah keluaran bagi siri Xiaomi CC. 

 

 

Hari ini, berdasarkan sumber, mengatakan bahawa terdapat maklumat daripada TENAA menunjukkan satu telefon pintar dengan indeks 2109119BC. Kebanyakkan sumber lain juga turut berpendapat bahawa ia adalah keluaran akan datang Xiaomi iaitu Xiaomi CC 11 Pro dan bakal hadir dengan spesifikasi yang akan menjadikan peranti ini adalah flagship devices.

Secara ringkasnya peranti ini akan hadir dengan 6.55 inci OLED display, resolusi 3840×2160 pixels dan bateri berkapasiti 4400mAh. Selain itu, Xiaomi CC 11 Pro ini juga turut dikatakan mempunyai variasi pilihan RAM dan storan dalaman iaitu 6,8,12GB RAM dan 64,128,256,512GB. 

Hanya ini sahaja maklumat yang diterima. Dari segi pelancaran untuk pasaran China mahupun global dan Malaysia, masih belum menerima sebarang informasi. Harap-harap masuk pasaran Malaysia kali ini.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.