Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Mi 11 Lite Bakal Mempunyai Versi Terbaharu?

0

Xiaomi Mi 11 Lite telah dilancarkan secara rasmi pada April yang lalu dan peranti ini secara eksklusif menggunakan cipset Snapdragon 780G. Walaubagaimanpun, menurut @DCS, syarikat tersebut bakal mengeluarkan versi terbaharu bagi telefon pintar jenama ini.

Versi terbaru ini dikatakan akan menukar cip pemprosesan kepada Snapdragon 778G dan juga mempunyai beberapa pilihan warna yang baharu.  Wang Teng, pengarah produk Xiaomi mendakwa bahawa kapasiti pengeluaran cipset Snapdragon 780G tidak mencukupi walaupun Xiaomi mempunyai hak eksklusif untuk cip ini.Inilah sebabnya mengapa Xiaomi telah memonopoli cip tetapi tidak dapat mengekalkannya.

Xiaomi Mi 11 Lite (Xiaomi 11 Lite Vitality Edition) baharu akan mula diperkenalkan. Dikuasakan oleh cip pemprosesan 778G (berdasarkan proses 6nm TSMC) dan menggunakan reka bentuk seni bina Kryo 670 lapan teras.Kekerapan tertinggi ialah 2.4GHz, dan menggunakan GPU Adreno 642L.

Sehibgga kini masih belum ada sebarang malumat berkenaan tarikh pelancaran peranti ini.

XIAOMI MI 11 LITE SPECIFICATION

  • skrin AMOLED Full HD+ 6.55-inci (1080 x 2400 piksel), kadar segar semula 90Hz, gamut warna lebar DCL-P3, perlindungan Corning Gorilla Glass 5
  • Teras Okta (CPU 2.3GHz Dual + 1.8GHz Hexa Kryo 470) Snapdragon 732G Platform Mudah Alih 8nm dengan GPU Adreno 618
  • 6GB / 8GB LPDDR4X RAM dengan storan 128GB (UFS 2.2), memori boleh dikembangkan sehingga 512GB dengan microSD
  • Android 11 dengan MIUI 12
  • SIM Dwi Hibrid (nano + nano / microSD)
  • Kamera belakang 64MP , sensor ultra lebar 8MP, kamera makro telemakro 5MP
  • Kamera hadapan 16MP
  • Penderia cap jari yang dipasang di sisi, penderia IR
  • Audio USB Jenis-C, Pembesar suara Stereo, Audio Hi-Res
  • Kalis air (IP53)
  • Dimensi: 160.53 x 75.72 x 6.81mm; Berat: 157g
  • Dwi 4G VoLTE, Wi-Fi 802.11 ac (2.4GHz + 5GHz), Bluetooth 5.1, GPS/GLONASS/Beidou, USB Type-C
  • Bateri 4250mAh (biasa) dengan pengecasan pantas 33W

 

Masih belum ada sebarang maklumat sama ada Xiaomi bakal mengubah spesifikasi telefon pintar yang akan datang ini. Mengikut jangkaan, Xiaomi mungkin hanya akan menukarkan cip dan mengekalkan spesifikasi yang lain bagi Edisi Vitality ini.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

 

Sumber

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.