Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Mi 12 Bakal Dilancarkan Disember 2021!

0

Menurut sumber Digital Chat Station,  memaklumkan bahawa siri telefon pintar Xiaomi Mi seterusnya iaitu Xiaomi Mi 12 bakal dilancarkan pada Disember 2021 dengan kod namanya “2112123aC”.


Xiaomi Mi 12 dijangka dikuasakan oleh cipset Snapdragon  895- 4nm (Nanometer) Qualcomm yang tidak diumumkan. Ia juga turut didatangi dengan spesifikasi teknologi yang menarik.

Paparan utama akan ditawarkan dengan sokongan teknologi LTPO, di mana ia membolehkan peranti menyesuaikan penyegaran skrin bergantung kepada kandungan yang dipaparkan. Selain itu,  peranti ini juga dikatakan bakal menyokong pengecasan berwayar sehingga 120W manakala 100W bagi pengecasan tanpa wayar dan hanya akan ditawarkan untuk versi global, sementara untuk varian China akan menyokong hanya 50W untuk pengecasan tanpa wayar mengikut peraturan negara tersebut.

Turut diramalkan bahawa Xiaomi Mi 12 bakal mejadi peranti pertama di pasaran yang menawarkan sensor kamera 200MP dengan format optik 1 inci. Sensor ini dikatakan bakal menerapkan teknologi bining piksel, dimana 16 piksel tetangga digabungkan menjadi satu yang besar untuk menangkap cahaya yang lebih besar.

Berdasarkan semua spesifikasi  teknologi yang disebutkan, Xiaomi Mi 12 pasti akan menjadi peranti unggulan utama. Jadi sama-sama kita nantikan kemunculan Xiaomi Mi 12 ini.Teruskan bersama kami untuk mengetahui informasi terkini teknologi marhaen.

Sumber : GizChina

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.