Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Mi 12 : Lagi Spesifikasi Peranti Didedahkan?

0

Seperti pada artikel kami yang lepas, kami telah kongsikan secara umum bagi spesifikasinya yang telah didedahkan.

Namun kali ini, tambahan pendedahan sedikit terperinci bagi spesifikasi Xiaomi Mi 12 berserta jangkaan pelancarannya.

Xiaomi Mi 12 dikatakan bakal menjadi peranti pertama yang akan merasmikan teknologi cip pemprosesan Snapdragon terbaru iaitu Snapdragon 898. 

Selain itu juga, berdasarkan Digital Chat Station di laman sesawang Weibo, Xiaomi Mi 12 ini turut dikatakan mempunyai tiga pilihan model, iaitu Xiaomi Mi 12, Xiaomi Mi 12 Pro dan Xiaomi Mi 12 Ultra. Hal ini demikian kerana Xiaomi Mi 12 dan Mi 12 Pro menggunakan kapasiti bateri yang sama iaitu 4,700mAh± manakala Mi 12 Ultra akan menggunakan bateri berkapasiti 5,000mAh±. Tambahan pula, Xiaomi Mi 12 ini akan menyokong pengecasan pantas 100W. 

Dijangkakan sekitar bulan Disember bagi keluaran Xiaomi Mi 12 sejurus pelancaran  Qualcomm Snapdragon 898 pada pertengahan Disember. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

(sumber)

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.