Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi – Melancarkan Sebuah Mi Box 4s MAX

0

Salam Untukmu Sayang, pelbagai peranti telefon pintar yang dilancarkan untuk menjadi santapan peminat-peminat gajet. Sajian bukan sahaja untuk rakyat marhaen, malah ada juga peranti untuk warga kelas kayangan. Tetapi detik ini, Xiaomi masih lagi ingin menyelitkan sebuah peranti baru. Bukan telefon pintar, tetapi sebuah Android TV iaitu Mi Box 4s MAX.

Android Box daripada Xiaomi ini dihadirkan dengan janaan cip pemprosesan empat teras Amlogic S905X3 64-bit disertakan pula dengan storan dalaman sebesar 64GB bersama 4GB RAM. Malah pada audionya, Mi Box ini menyokong audio Dolby dan DTS yang mana kita tahu dengan sokongan ini, mampu memberi pendengaran yang sangat jelas dan mengasyikkan.

Lebih menariknya lagi, Mi Box ini boleh menyokong resolusi sehingga 8K dengan paparan dinamik HDR. Ini kerana terdapatkan Port HDMI 2.1 yang disertakan sekali di dalam kotak pembelian. Mi Box ini turut juga menyokong sambungan wifi, sokongan pembantu digital XiaoAI dan penyiaran daripada telefon pintar kepada skrin TV.

Selain itu, kelebihan pada Mi Box 4s MAX ini adalah ia mempunyai aplikasi Mijia dimana dengan menggunakan aplikasi ini, kita boleh mengawal Mi Box dengan hanya menggunakan telefon pintar. Akhir sekali, Mi Box ini menjalankan sistem MIUI For TV. Jadi kepada siapa sahaja yang berminat untuk memilikinya, boleh dapatkan secara rasmi di pasaran China dengan harga rasminya ¥499 bersamaan dengan RM328. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualakum. Chow !

Sumber Gambar:

https://xiaomiplanets.com/

https://androidpctv.com/xiaomi-mi-box-4s-max/

https://www.androidauthority.com/xiaomi-mi-box-4s-max-3174085/

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.