Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor Magic4 Pro – Untuk Pra-Tempahan Kini Sudah Habis Terjual

0

Salam Rindu, Masih ingatkah sebuah peranti Honor Magic4 Pro ini yang ramai mengatakan tidak rugi untuk membelinya secara pra-tempahan disebabkan ia hadir dengan prestasi yang hebat dan diberi pula ganjaran yang bernilai sehingga RM1,656. Mana tidaknya, beli peranti terhangat dipasaran ni boleh dapat sekali dengan HONOR Watch GS3.

Yaa, Peranti ini sudah SOLD OUT untuk pra-tempahan, nampaknya kepada siapa yang tidak sempat untuk membelinya, perlu tunggu pada perlancaran jualan secara rasmi bermula pada 11 Jun 2022 ini. Ehh tapi Honor tetap bagi hadiah percuma tau, hadiah yang disertakan adalah fon telinga wayarlas HONOR Earbuds 3 Pro yang dilengkapi Pemantauan Suhu AI, 1 tahun waranti lanjutan dan 6 bulan perlindungan skrin retak, ganjaran ini semua bernilai sehingga RM1,207. Honor Masih menghargai peminatnya, dia sedar bahawa peranti yang kali ini memang dihadirkan dengan ciri yang sangat menarik dan tak akan dikesali oleh bakal pembeli apabila memilikinya.

Ada beberapa ciri menarik yang min pernah kongsikan mengenai Honor Magic4Pro ini. Pertama adalah pada kuasa Paparannya dimana ia hadir dengan paparan LTPO 1920Hz PWM Dimming yang pertama di dunia untuk pemandangan lebih selamat. Kedua, adalah pada kuasa Fotografi, dimana Honor dengan senang hati mengatakan bahawa peranti ini hadir dengan Fotografi Ultra Fusion dimana pada penghasilan gambarnya adalah sangat mantap dan jelas.

Seterusnya, Honor MAgic4Pro ini keunggulannya terletak pada kuasa SuperCharge, kerana peranti ini hadir dengan pengecasan tanpa wayar dan hadir dengan pengecasan wayar sehingga 100W SuperCharge, teknologi ini juga adalah yang pertama diperkenal dan dirasmikan dalam Industri. Terakhir, semestinya pada kuasa prestasi cip pemprosesan, ini kerana prestasi peranti flagship terunggul ini dikuasakan oleh Snapdragon 8 Gen 1 yang serba baharu.

Honor nampaknya semakin komited dalam menjadi jenama teknologi ikonik global dengan memberi tumpuan strategik terhadap inovasi, kualiti dan perkhidmatan. Ada yang tak sempat Pre-Order ke tu? Tenang, tak dapat jam, Honor bagi Earbud pula. Haha Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.