Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor Magic4 Pro – Rekaan Simetrikal Dengan Paparan Quad lengkung

0

Salam Cinta Pandang Pertama, Honor sebentar tadi baru sahaja melancarkan satu telefon pintar dengan beberapa ciri yang menarik. Bersama ‘The Power Of Magic’ dan pencapaian yang baru dalam dunia teknologi. Honor kini membawa sebuah telefon pintar dengan ciri rekaan dan paparan yang baharu, malah prestasi turut dinaik taraf pada videografi dan fotografinya. Tidak ketinggalan dengan ciri privasi yang baru dihadirkan pada telefon pintar ini.

Honor Magic4 Pro, yaa itu adalah nama untuk telefon pintar yang baru sahaja rasmi di Malaysia sebentar tadi. Sebuah peranti yang hadir dengan paparan Quad Lengkung LPTO 6.81 inci dan disertakan dengan bazel yang ultra nipis pastinya mampu memberi pengalaman yang mengasyikkan dan keselesaan ketika memegang peranti ini.

Tabiat menatap telefon pintar selama berjam-jam boleh menimbulkan masalah keletihan mata sehingga menyebabkan sakit kepala, penglihatan kabur dan mata menjadi kering. Buat pertama kali di dunia, Honor hadirkan teknologi yang canggih iaitu paparan dengan LPTO 1920Hz PWM Dimming, yang mampu mengurangkan perubahan cahaya dan kelipan skrin secara automatik dalam suasana yang gelap dan suram contohnya seperti dalam bilik tidur. Teknologi pada penjimatan baterinya sangat bagus kerana peranti ini hadir dengan Motion-Sync yang mampu mengelaraskan Frame Rate daripada 1HZ kepada 120HZ secara automatik mengikut suasana sekeliling.

Pada paparan skrin pula, kepada yang minat layan aplikasi Youtube dan Netflix, telefon pintar ini pasti menjadi pilihan dihati. Ini kerana dengan adanya cip paparan MEMC dan teknologi Always-On-Display yang mampu mengubah kadar segar daripada 30fps kepada 60fps, kualiti video daripada SDR boleh meningkat kepada HDR, secara langsung kualiti video pasti akan menjadi lebih cantik dan menarik.

Honor mengatakan bahawa ini adalah peranti ciptaan Honor yang sangat dibanggakan. Kerana Honor Magic4 Pro ini hadir dengan kamera lebar 50MP, Kamera lebar 122° 50MP, Kamera periskop 64MP dan semuanya kamera ini dikuasakan oleh Fotografi Ultra Fusion yang bertaras terbaik. Kombinasi pada kamera lebar dan kamera lebar ultra ini meningkatkan kepada 65% ketajaman dan kejelasan pada penghasilan gambar. Penghargaan diberikan kepada kamera telefoto periskop kerana ia mampu mencantikkan penghasilan gambar walaupun pada kejauhan 100x zum.

Peranti ini turut hadir dengan penawaran rakaman sinematik, turut dibanggakan kerana Honor Magic4 Pro ini dilengkapi dengan Mahic-Log Movie Master dan AI Filem Effect. Dimana peranti ini pertama dalam kelompok teknologi telefon pintar kerana hadir dengan rakaman video 4K 60fps. Malah pengguna boleh mengedit video dengan tona warna sinematik dalam HDR.

Honor hadir dengan pengecasan wayar 100W sudah biasa dengar. Yang luar biasa adalah apabila Honor hadir dengan pengecasan tanpa wayar sehingga 100W. Dimana bateri 4600Mah pada Honor Magic4 Pro ini dengan hanya 15 minit pengecasan, bateri peranti boleh diisi kepada 50%.

Ciri ini mungkin tidak begitu penting, tapi ia adalah ciri yang sangat berguna. Ini kerana Honor menghadirkan ciri AI Privacy Call, dimana dengan kedua-dua skrin dan speaker dilaraskan tepat ke telinga, tiada lagi ketirisan bunyi yang didengari oleh orang sekitar dan secara tidak langsung ciri ini mampu memberi perbualan panggilan telefon yang lebih privasi. Honor Magic4 Pro ini dihadirkan dengan Sistem keselamatan Dual-TEE (HTEE+QTEE) bersama cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 1 5G. Tambahan, peranti ini turut menawarkan ciri keselamatan seperti kata kunci, biometrik ID muka dan cap jari

Dengan kehadiran cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 5G Qualcomm pasti memberi prestasi yang tiada tandingan, ini kerana ia disokong pula dengan leading Qualcomm 7th Gen AI Engine, Cortex-X2 CPU Architecture dan HONOR Turbo Engine. Yang mana ia mampu meningkatkan prestasi pada CPU dan GPU pada tahap 12% dan 30% dan peningkatan 300% untuk keupayaaan AI. Tambahan, peranti ini hadir dengan 8GN RAM dan memori dalaman sehingga 256GB.

Honor MAgic4 PRo ini menampilkan Honor Magic UI 6.0 dengan berasaskan Android 12. Dimana ciri-ciri menarik dihadirkan seperti Split-Screen, App Twin, Theme, Private Space dan banyak lagi. Untuk kemas kini yang baharu, tidak lama lagi ia akan dilancarkan pada semua peranti Honor.

Kepada yang berminat boleh terus membuat pra tempahan di HONOR MALAYSIA pada harga RM3,999 (8+256GB) dan dapatkan hadiah percuma bernilai sehingga RM1,656, ia adalah HONOR Watch GS 3 bernilai RM999, case HONOR Magic4 Pro, jaminan lanjutan 1 tahun dan perlindungan skrin retak 6 bulan. Pastikan membuat pra-tempah itu sebelum 10 Jun 2022. Sampai berjumpa lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.