Ultimate magazine theme for WordPress.

Nampak Macam Dia Tapi Bukan – Letv Y1 Pro Reka Bentuk Seakan iPhone

0

Salam Kekasih Abadi, Meniru reka bentuk peranti rasanya dah memang banyak dah kita lihat. Lagi-lagi apabila peniruan itu dibuat oleh negara China. Dia punya persamaan tu, memang susah lah untuk mencari perbezaan. Baru-baru ini China hadirkan sebuah peranti yang mirip seakan-akan peranti iPhone. Peranti daripada China itu dikenali dengan model Letv Y1 Pro. 

Peranti daripada China ini yang dikatakan mirip dengan iPhone model 13 ini dihadirkan dengan skrin yang bersaiz 6.54″ IPS LCD HD+. Malah, peranti ini dijana pula dengan cip pemprosesan Unisoc T310 dan dilengkapi dengan memori 4GB RAM dengan storan dalaman sehingga 256GB.

 

Ia boleh dikatakan seakan mengikut reka bentuk iPhone 13 kerana peranti ini tidak disertakan dengan pengimbasan cap jari. Pada bahagian kamera, sensornya digabungkan kepada 8MP dan kamera swapfoto hadir dengan 5MP. Cumanya, sedikit perbezaan pada peranti daripada China ini adalah kerana ia tidak disertakan dengan sensor imbasan wajah 3D dan hadir dengan bicu audio 3.5mm.

Pada bahagian baterinya pula, peranti ini hadir dengan bateri sebesar 4000Mah dan sistem operasinya pula mengguakan Android 11. Kepada yang nak memiliki iPhone versi harga marhaen ni, ia dipasarkan dengan tanda harga ¥499 iaitu bersamaan RM329 sahaja. Sampai bertemu lagi geng. Assalamualaikum. Chow !

Sumber Gambar:

https://www.mobilemagazinehk.com/2022/05/iphone-13letv-y1-pro-499.html

https://www.gadgetsinnepal.com.np/letv-y1-pro-price-nepal/

https://www.gizmochina.com/2022/05/31/letv-launch-y1-pro-china-iphone-13-like-design/

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.