Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor Watch GT 3 – Hadir Dengan Lebih 100 Mod Sukan

0

Salam Pendam Cinta, Honor telah merasmikan sebuah jam tangan yang mampu memantau kesihatan dan beberapa ciri lain. Ia dikenali sebagai Honor Watch GT 3, dimana jam tangan ini ditampilkan dengan reka bentuk yang elegan dan moden.

Jam tangan yang ini direka dengan dengan saiz ulta-nipis 10.5mm dengan beratnya hanyalah 44g (tanpa tali jam) dan badan jam tangan ini dilengkapi dengan stainless stella material. Malah jam tangan ini turut dilengkapi dengan kaca melengkung 3D ergonomik dan ciri FingerPrint ResistenceJam tangan Honor ini hadir dengan 3 variasi warna, iaitu warna Ocean Blue, Classic Gold dan Midnight Black.

Jam tangan yang elegan ini disertakan 4GB untuk memori dalaman. Malah jam tangan ini menyokong pembesar suara dan mikrofon dimana ini menunjukkan bahawa jam tangan ini mempunyai fungsi menjawab panggilan telefon. Menariknya, untuk fungsi Water Resistenace pada jam tangan ini boleh bertahan sehingga kedalaman 50 Meter.

Ciri lain untuk jam tangan ini adalah memantau denyutan jantung, memantau tahap oxygen dalam darah, malah jam tangan ini mempunyai ciri memantau tahap stress pengguna. Jam tangan ini diturut serta dengan 100 mod sukan. Contoh mod sukan yang tersedia adalah seperti mod sukan mendaki, ski, berbasikal, berlari, berjogging dan banyak lagi mod-mod sukan lain yang disertakan pada jam tangan ini. Honor mengatakan bahawa jam tangan ini boleh bertahan selama 14 hari dengan penggunaan biasa. Malah, dengan hanya 5 minit pengecasan, pengguna boleh menggunakannya untuk kegunaan satu hari.

 

Jadi kepada yang tidak sabar untuk memilikinya. Honor akan rasmikan spesifikasi penuh Honor Watch GT 3 ini pada 1 Jun 2022. Sampai Bertemu Lagi geng. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.