Ultimate magazine theme for WordPress.

HONOR EarBuds 3 Pro – Pemantauan Suhu Dan Hadir Dengan Ciri Noise Cancellation

0

Salam Kenangan Semalam, Honor kini mengorak langkah dengan melancarkan beberapa gajet baru. Kali ini Honor merasmikan sebuah Earbuds yang hadir dengan 2 variasi warna iaitu Putih dan Kelabu. EarBuds ini diberi nama Honor Earbuds 3 Pro.

Honor hadirkan sebuah earbuds dengan reka bentuk yang bujur. Honor juga mengatakan bahawa pengguna akan merasakan pengalaman yang sangat hebat apabila memiliki earbuds ini. Ini kerana earbuds ini hadir dengan ciri Noise Cancellation dan untuk pertama kalinya, ia merupakan sebuah earbuds yang hadir dengan reka bentuk dwi-pemandu sepaksi (Coaxial) dengan pemacu dinamik 11mm. Malah, dengan kehadiran piezoelectric ceramic tweeter, ia mampu memberikan pengalaman bass yang dan trabel yang sangat hebat dan jelas walaupun pada penggunaan kuasa yang minimum.

Selain daripada itu, Earbuds 3 Pro ini turut hadir dengan pemantauan suhu, bertukar kepada pelbagai mod Noise Cancellation apabila mengecam bunyi ambien (Ambient Sound), menyokong pengecasan pantas, dimana pengguna boleh mencapai 65% pada 10 minit pengecasan. Baterinya pula ketika mendengar musik, ia boleh bertahan selama 6 Jam dan apabila menggunakan Charging Case, ia boleh bertahan sehingga 24 jam.

Jadi kepada yang tidak sabar untuk memilikinya. Honor akan rasmikan spesifikasi penuh Honor EarBuds 3 Pro ini pada 1 Jun 2022. Sampai Bertemu Lagi geng. Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.