Ultimate magazine theme for WordPress.

Honor Watch GS 3 – Rekaan Yang Tampak Mewah Dan Elegan

Salam Kenangan Semalam, Honor hadir dengan jam tangan yang tampak mewah untuk pemakaian kasual dan aktif. Honor Watch GS 3, hadir dengan 100 mod sukan & senaman.

Jam tangan Honor ini disertakan dengan kualiti bahan yang tahan karat 316L dan ianya sangat selesa dipakai kerana beratnya cuma 44g dengan ukuran 10.5mm. Jam tangan ini hadir di pasaran dengan 3 variasi warna iaitu Midnight Black, Ocean Blue dan Classic Gold. Malah, dengan hadirnya sensor PPG (PhotoPlethysmoGraphy) pada jam tangan ini, ia dapat mengesan isyarat optikal dengan sangat tepat. Ditambah pula dengan Ai Heart Rate monitaring Engine yang mana salah satu fungsinya adalah ia mampu menyah bunyi ketika sedang bersenam.

Lebih menarik lagi, semasa sedang berlari, berbasikal atau mendaki, keupayaan menjejak laluan yang ada pada jam tangan ini sangatlah tepat, ini kerana jam tangan ini hadir dengan bahan binaan dalaman L1/L5 Dual Frequency GNSS (Global Navigation Satellite System). Jam tangan ini rasmi di Malaysia dengan tanda harga bermula RM899. Kepada yang ingin memiliki jam tangan yang elegan ini boleh dapatkan di HONOR MALAYSIA. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Comments are closed.