Ultimate magazine theme for WordPress.

Apple WatchOS 9 – Notifikasi Dengan Banner Yang Baru

0

Salam Cinta Dan Sayang, Ramai diantara kita yang sedang memakai Apple Watch. Ini kerana reka bentuknya yang menarik dan ciri yang diperkenalkan pula tidak kurang juga hebatnya. Terbaru, untuk kemas kini akan datang iaitu WatchOS 9, akan terdapat beberapa pembaharuan pada Apple Watch tersebut.

Untuk WatchOS 9 ini, kelihatan sepertinya ia akan dihadirkan dengan ciri baru seperti ‘New Banner Notification’ dimana penerimaan notifikasi akan hadir dari atas skrin jam. Malah, Apple mengatakan bahawa akan ada penambahan lagi empat (4) ‘Watch Faces’ yang baru pada Apple Watch ini. Turut juga hadir dengan ciri ‘Quick Access’ untuk aplikasi yang kerap digunakan, pengguna boleh pin aplikasi tersebut dan ia akan diletakkan pada bahagian atas dok (Dock).

Lebih menariknya lagi, kita boleh lihat bahawa Apple sedang dalam usaha bagi memberi fokus yang lebih pada kecergasan dan kesihatan. Ini kerana banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Apple contohnya penambahbaikan pada kadar denyutan nadi yang mengkut zon, memberi data mengenai corak berlari pengguna dan ketika kita sedang tidur, Apple Watch hadir dengan ciri ‘Sleep Analysis’ pengguna.

Untuk KemasKini WatchOS 9 ini, ianya mungkin bakal diperkenalkan pada September 2022. Sama-sama kita nantikan. Sampai bertemu lagi geng, Assalamualaikum. Chow !

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.