Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Mi Pad 5 & Mi Pad 5 Pro : Kini Rasmi Dilancarkan Di China.

0

Berdasarkan laman sesawang rasmi Xiaomi China, Mi Pad 5 dan Mi Pad 5 Pro 5G kini telah rasmi dilancarkan di China. Mi Pad 5 dan Mi Pad 5 Pro 5G ini dilihat lebih menarik berbanding keluaran tablet mereka yang sebelum ini pada 3 tahun lepas iaitu Mi Pad 4 dan Mi Pad 4 Plus.

Kedua-dua keluaran Xiaomi kali ini menawarkan kepada para pengguna saiz paparan skrin yang lebih besar iaitu 11 inci, 2560×1600 berserta dengan 120Hz kadar segar semula (refresh rate). Apa yang menjadikan kedua-dua tablet ini lebih menarik apabila ianya disokong oleh TrueTone teknologi bagi membolehkan peranti ini dapat mengadaptasikan warna dan cahaya berdasarkan pencahayaan persekitaran.

Mi Pad 5 ini dijanakuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 860 manakala bagi Mi Pad 5 Pro 5G pula menggunakan cip pemprosesan Snapdragon 870.

Mi Pad 5 Pro 5G ini mempunyai dua jenis model iaitu satu model menyokong kepada sambungan 5G dan satu lagi hanya terhad kepada penggunaan WiFi sahaja. Bagi Mi Pad 5 pula hanya terhad kepada sambungan WiFi sahaja.

Secara ringkasnya, berikut adalah spesifikasi antara dua model tersebut :-

Xiaomi Mi Pad 5
– Qualcomm Snapdragon 860
– Kapasiti bateri 8720mAh (33W)
– Kamera utama 13MP

Xiaomi Mi Pad 5 Pro 5G
– Qualcomm Snapdragon 870
– Kapasiti bateri 8600mAh (67W)
– Wide angle 5MP, 50MP kamera utama bagi model 5G

Xiaomi Mi Pad 5
– 6GB RAM + 128GB storan dalaman
– 6GB RAM + 256GB storan dalaman

Xiaomi Mi Pad 5 Pro 5G
– 6GB RAM + 128GB storan dalaman
– 6GB RAM + 256GB storan dalaman
– 8GB + 256GB storan dalaman (5G)


Setakat pada hari ini kami masih belum mengetahui bila Xiaomi Mi Pad 5 & Mi Pad 5 Pro 5G akan memasuki pasaran Malaysia. 

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.