Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Perkenalkan CyberOne – Sebuah Robot Berbentuk Seperti Manusia

0

Selepas melancarkan CyberDog, Xiaomi kini bergerak dengan lebih proaktif apabila kini mereka mula melancarkan sebuah lagi robot dengan reka bentuk yang seakan manusia dan ia diberi nama CyberOne. Dimana robot ini hadir dengan ketinggian 177cm dengan berat yang mencapai sehingga 52 kilogram. Wahh robot ni nampak macam seorang manusia dengan BMI yang ideal.

Dengan perkembangan yang ditunjukkan Xiaomi ini, mungkin lebih akan membuka mata kepada semua bahawa Xiaomi memang sedang giat dalam melancarkan teknologi-teknologi yang hebat, kena lah dengan arus permodenan yang sedang bergerak dengan sangat pantas. Robot manusia ini dihadirkan dengan 2 warna sahaja pada seluruh tubuhnya, iaitu hitam dan putih. Selain daripada itu, robot ini mampu berinteraksi dengan manusia seperti biasa.

Daripada video demo yang ditunjukkan di atas, CyberOne ini mampu berjalan dengan kepantasan 3.5km/j sahaja. Xiaomi juga mengatakan bahawa proses untuk membuat CyberOne ini lebih sukar berbanding CyberDog, ini kerana kemampuan CyberOne ini yang lebih kompleks. Untuk pengetahuan semua, robot ini tidak dijual dimana-mana dan ia hanya akan digunakan oleh Xiaomi sebagai platform robotik sahaja buat ketika ini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.