Ultimate magazine theme for WordPress.

Xiaomi Watch Color 2 Dilancarkan Di China.

0

Dalam era modenisasi, penggunaan jam pintar semakin mendapat permintaan ramai. Kita lihat saban hari makin ramai telah menggunakan jam pintar dari berbagai jenama seperti Samsung, Apple, realme, Huawei dan sebagainya. 

 

 

Peka terhadap perubahan arus semasa, Xiaomi kini turut mengeluarkan produk baharu mereka yang dilancarkan di China iaitu Xiaomi Watch Color 2. Berdasarkan sumberXiaomi Watch Color 2 ini akan hadir dengan pelbagai fungsi seperti blood oxgen SpO2, 117 mod senaman dan sebagainya. 

Xiaomi Watch Color 2 ini hadir dengan enam pilihan warna bagi tali jam ini. Selain itu, Watch Color 2 ini juga memaparkan skrin yang bersaiz 1.43 inci AMOLED, kadar segar semula 60Hz dan juga mempunyai 200 pilihan bagi watch faces. 

 

 

Imej tersebut menggambarkan rekabentuk Xiaomi Watch Color 2 yang mempunyai dua butang di sebelah kanan berfungsi bagi membuka dan menutup layar skrin jam berserta untuk kegunaan pilihan di menu. Jam pintar ini bakal menawarkan kepada anda 117 pilihan mod bersukan dan juga jam pintar ini akan tersedia dengan GPS bagi memudahkan sebarang aktiviti luar.

Jam pintar ini juga dikatakan mempunyai bateri yang berkapasiti 470mAh yang menjadikan penggunaan jam pintar ini dapat bertahan sehingga 12 hari.

Diharapkan jam pintar ini akan berada di pasaran Malaysia kelak.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.