Ultimate magazine theme for WordPress.

17 September 2021 : Jangkaan Pelancaran Siri Iphone 13

0

Seperti kita sedia maklum bahawa keluaran terkini bagi peranti Apple adalah siri Iphone 12. Namun, jangkaan pada 17 September 2021 ini, Apple bakal melancarkan siri terbaru mereka iaitu siri Iphone 13. 

 

 

 

Berdasarkan sumber, dikatakan bahawa data yang mereka perolehi untuk jangkaan tarikh itu adalah benar. Tambahan pula, turut dinyatakan bahawa 17 September 2021 adalah tarikh pra-pesanan dan 24 September 2021 pula adalah tarikh pelancarannya.

 

 

Ini adalah tangkapan skrin asal yang dimuat naik oleh Weibo account @PandalsBald yang mana kita dapat lihat pada tarikh 17 September 2021 pra-pesanan boleh dilakukan bagi Iphone 13, Iphone 13 Mini, Iphone 13 Pro dan Iphone 13 Pro Max.

Bagi tarikh kemasukan ke pasaran Malaysia masih belum ada desas-desus lagi. Jika ada, kami akan kemaskini maklumat itu untuk anda.

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.