Ultimate magazine theme for WordPress.

Siri Narzo 50A : Imej HD Sudah Tertiris

0

Menurut sumbersiri realme Narzo bakal dilancarkan di India sejurus selepas ia melepasi BIS (Bureau of Industry and Security) di India. Peranti yang bakal dilancarkan ini adalah realme Narzo 50A.

 

(sumber imej : OnLeaks)

Kenapa Narzo 50A? Kenapa tidak siri Narzo 40? Hal ini kerana bagi kepercayaan masyarakat China, nombor ” 4 ” adalah membawa maksud kepada mati, miskin dan susah.

 “Kebanyakan orang Cina menyifatkan nombor 4 sebagai lambang kematian dan kurang digemari. Jadi sekarang mesti korang faham kenapa mereka tidak gemar kepada nombor 4. “

” Tafsiran nombor 4 ialah mati, miskin, susah. “Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)

Oleh disebabkan perkara ini maka siri realme Narzo 40 tidak akan dikeluarkan dan terus kepada siri Narzo 50A.

 

(sumber imej : 91mobiles)

Tambahan daripada sumber juga mengatakan bahawa siri Narzo 50A ini telah dilihat berada di laman sesawang BIS dan ini secara tidak langsung menandakan bahawa peranti ini tidak lama lagi akan dilancarkan di India. 

Secara ringkas berkenaan rekaannya dapat kita lihat keluaran realme Narzo 50A kali ini akan memberikan satu bentuk yang berbeza di mana peranti ini akan hadir dengan kemasan dwi-tona, modul kamera yang besar, Type-C port, 3.5mm headphone jack dan 12.5MP kamera belakang. 

Selain itu, juga dapat dilihat bentuk sususan kamera realme Narzo 50A ini adalah tri-kamera dan mempunyai pengesan cap jari yang berbentuk bulat. Disebabkan itu lah siri realme Narzo 50A ini memiliki modul kamera yang besar berbanding sebelum ini.

Setakat hari ini, hanya itu sahaja yang tertiris. Jika ada lebih maklumat……

Teruskan bersama kami bagi mendapatkan informasi teknologi marhaen dan terkini.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.