Ultimate magazine theme for WordPress.

18 August 2022 – Perlancaran Rasmi Honor 70, MagicBook 14 & Honor Pad8

0

Honor bakal melancarkan bukan 1, bukan 2 tetapi 3 peranti sekaligus dalam perasmiannya pada 18 Ogos 2022 ini. Dimana Honor mengatakan peranti Honor 70 bakal hadir dengan lensa kamera utama Super IMX800 dan juga turut dilengkapi dengan ciri-ciri fotografi yang sudah dinaik taraf. Turut tidak lupa pada perlancarannya nanti, kita akan diperlihatkan 2 lagi peranti baru iaitu Honor MagicBook 14 dan Honor Pad 8.

Peranti telah mendedahkan beberapa gambar yang dihasilkan daripada peranti Honor 70 ini. jika diperlihatkan betul-betul, hasil gambar yang dipertontonkan sangat memuaskan untuk mereka yang gemarkan bidang fotografi. Ini kerana Peranti ini hadir dengan lensa IMX800 dan disebabkan itulah penghasilan sesebuah gambar akan nampak lebih jelas dan terang walaupun berada dalam keadaan pencahayaan yang rendah.

Ramai yang tidak tahu, kebanyakan peranti dalam kelasnya masih lagi ada yang menggunakan lensa IMX766, ia berbeza dengan lensa yang ditawarkan pada Honor 70 ini, dengan lensa IMX800 ia dapat melonjakkan julat dinamik kamera kepada 23% yang mana dengan kelebihan ini, pesaing-pesaing yang lain akan tewas pada segi kejelasan, kualiti gambar yang terhasil dan kekuatannya juga terletak pada prestasi cahaya rendah. Dimana penggemar fotografi akan sangat berpuas hati dengan penghasilan gambar yang diambil ketika waktu malam.

Selain daripada kehebatan kamera yang hadir pada peranti ini, tidak terlupa juga terdapat ciri menarik pada Honor70 ini yang mana peranti tersebut boleh diselaraskan untuk berkolaborasi berbilang skrin, Honor Share bersama dengan Honor MagicBook 14 dan Honor Pad 8. Dengan Honor Share ini, ia akan memudahkan lagi pengguna memindahkan dokumen, gambar dan lain-lain lagi dengan lebih mudah dan efisien.

Bercakap mengenai HONOR MagicBook 14 pula, komputer riba ini bersaiz 14 inci bersama 70W yang pertama pada julat harga yang sama dengan prestasi luar biasa. Ia memiliki kad grafik khas NVIDIA RTX 2050 yang dapat meningkatkan kuasanya untuk 3D render besar, suntingan video atau foto. Komputer riba ini turut dilengkapi bateri berkapasiti besar 75Wh dan selepas dicas penuh membolehkan kita belayan video dengan yang beresolusi 1080p selama 15 jam. Tidak banyak yang ada di pasaran ketika ini dengan prestasi yang hadir pada HONOR MagicBook 14 ini. Hadir dengan dengan ciri-ciri prestasi tinggi dan bateri pula mampu bertahan lebih lama.

Bagaimana pula dengan HONOR Pad 8? sehingga kini kekal satu-satunya tablet dalam kelas harganya yang mempunyai 8 pembesar suara. Dilengkapi pula dengan paparan HONOR Fullview bersama perlindungan mata berdefinisi tinggi 12 inci 2K, pengguna boleh menikmati pemandangan sinematik seperti dalam pawagam pada bila-bila masa dan dimana jua. Dengan kembalinya Google Mobile Services (GMS), aplikasi muat turun dan kemas kini boleh dilakukan menerusi Google Play Store. Mengetengahkan Multi-windows Viewing dan App Extender, skrin tablet yang besar sesuai untuk apa jua kegunaan, sama ada untuk kerja mahupun hiburan.

Jadi kepada yang tidak sabar dengan kehadiran atau perlancaran peranti-peranti daripada Honor ini. Jangan lupa untuk kunci tarikh kalian pada 18 Ogos jam 8 malam. Saksikan secara langsung rasmi perlancarannya di Facebook rasmi Honor Malaysia.

 

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.