Ultimate magazine theme for WordPress.

Redmi Buat Pertama Kalinya Meletakkan Cip SnapDragon 8+ Gen 1 Pada Peranti K50 Ultra

0

Redmi boleh dikatakan sedang mengambil langkah yang sangat bagus dimana terbaru mereka perkenalan peranti baru bersama cip pemprosesan Snapdragon 8+ Gen iaitu Redmi K50 Ultra.

Peranti ini hadir dengan skrin bersaiz 6.7” dengan pabel skrin berpaparan OLED bersama resolusi 2712  x 1220. Peranti yang dikatakan sesuai digunakan untuk bergaming ini, hadir dengan paparan yang menyokong Dolby Vision, gamut warna DPI-P3 dan HDR10+. Untuk kadar segar semulanya pula mampu mencapai sehingga 120Hz. Redmi K50 Ultra hadir dengan pelbagai varian memori, untuk yang paling rendah hadir dengan 8GB RAM + 128GB dan untuk varian paling tinggi hadir bresama 12GB RAM + 512GB.

Peranti gaming sekarang bukan sahaja fokus pada prestasi sahaja, mereka  juga memberi fokus kepada kamera. Dimana Redmi K50 Ultra hadir dengan 108MP untuk kamera utama, 8MP untuk kamera lebar dan 2MP untuk kamera makro. Pada kamera hadapan iaitu kamera swafoto hadir dengan 20MP. Peranti ini hadir dengan kapisiti bateri yang besar iaitu 5,000Mah, malah pada pengecasan pantasnya pula hadir dengan sokongan sehingga 120W dan sistem pengecasan peranti ini menggunakan cip Surge P1 yang mana ia berkemampuan dalam mengawal dan menjaga bateri, dan Xiaomi juga mengatakan dengan hadirnya cip ini, ia dapat menjaga hayat bateri dan mampu bertahan dalam jangka masa yang panjang.

Untuk Redmi K50 ini, selain daripada versi biasa. Ia juga hadir dengan versi yang luar biasa iaitu versi Mercedes F1 Edition dan buat ketika ini, peranti Redmi K50 Ultra hanya dijual di pasaran China sahaja. Berikut adalah varian yang dipasarkan di Negara China 8GB RAM + 128GB berharga ¥2,999 (RM1,977), 8GB RAM + 256GB berharga ¥3,299 (RM2,175), 12GB RAM + 256GB berharga ¥3,599 (RM2,372), 12GB RAM + 512GB dijual ¥3,999 (RM2,636) dan terakhir untuk Mercedes Edition hadir dengan 1 varian sahaja iaitu 12GB RAM + 512GB dijual dengan tanda harga ¥4,199 (RM2,768).

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.