Ultimate magazine theme for WordPress.

Sony Bakal Hadir Hadirkan Pelancar Untuk PlayStation PC

0

Nama yang tidak asing daripada mulut pemain permainan video konsol. Sebelum ini Sony telah hadirkan PlayStation 1,2,3,4 dan yang terbaru adalah PlayStation 5. Kini Sony bergerak dengan lebih pantas dimana Sony pakal hadirkan launcher untuk permainan video Sony yang dikhaskan untuk gamer-gamer PC.

Sumber YouTube : VGC

Sebelum ini kita akan memuat turun permainan video melalui Stream ataupun Epic Games. Kini tidak lagi dengan kehadiran PlayStation PC. Info daripada VideoGamesChronicle cukup dapat menujukkan bahawa Sony seperti ingin fokus pada PC, ini kerana mereka mendapati fail-fail yang ada dalam permainan video Marvel’s Spider-Man Remastered mempunyai fail seperti PSNAccountLinked dan PSNLinkingEntitlements yang mana ini menunjukkan PlayStation PC menggunakan akaun PlayStation Network yang membolehkan kita mengumpul mata, trofi malah mampu melihat aktiviti permainan yang dimainan.

Sekiranya benar, pengguna sudah boleh terus membeli permainan video daripada PlayStation PC ini. Cumanya buat ketika ini, ia sekadar info dan masih belum pasti lagi mengenai kesahihannya. Tapi kalau betul-betul ada, min pon seronok.

- Advertisement -

Leave A Reply

Your email address will not be published.